Apa rahsia video influencer Malaysia, Johanis Sani sehingga boleh mencapai 3.5 juta tontonan? – “There really is no secret.”

 

Girl, please.

Tapi itulah yang diakui oleh pemilik nama Johanis Sani ini yang sering menjadi perhatian para followers-nya di semua media sosial. Tak kiralah di YouTube, Twitter ataupun Instagram, Jo seakan mempunyai magnet mudah untuk menarik pengikutnya mengikuti satu-persatu content yang dimuat naik olehnya.

“Betul…. (many exclamation marks needed here), saya tidak mempunyai apa-apa rahsia. Saya bermula pun kerana kakak saya Johanna Sani dari band Joanna & Co. selalu ‘memaksa’ saya untuk menyanyi.

“Saya ingat lagi video saya menyanyi No One sambil menutup mata, SAMBIL memegang berus rambut. Like that was my big break walaupun saya tak rancang apa-apa pun untuk video tersebut. So like I said, tak ada rahsia pun,” katanya yang kemudian memuat naik video cover Price Tag oleh Jessie J di YouTube.

 

“Ramai Influencer Popular, Followers Beratus Ribu Tapi Bazirkan Peluang Untuk…” – Johanis Sani
Shahir Osman

 

IKLAN

Peluang menjadi seorang ‘insta famous’ seperti dirinya tidak datang semudah yang disangka oleh netizen di luar sana. ( #jangankecam ). Jo sendiri perlu menolak sebarang rasa malu untuk berdepan dengan kamera dan Jo sekarang yang periang dan bubbly bukanlah sama seperti Jo dahulu.

“Saya telah banyak berubah. Daripada seorang yang pemalu di hadapan kamera kepada individu yang lebih yakin dengan diri sendiri, dengan cara saya bercakap dan dengan APA yang saya cakapkan.

My mum kept on telling me, ‘Tak ada mulut ke nak cakap. (ketawa). So I thought to myself, I should definitely put myself out there and speak my mind. Peluang hanya datang sekali dan kalau saya enggan membuang rasa malu itu, ada orang lain yang akan ambil tempat saya.”

 

“Ramai Influencer Popular, Followers Beratus Ribu Tapi Bazirkan Peluang Untuk…” – Johanis Sani
Instagram

 

Antara content yang sering mendapat likes dan shares yang (oh-my-goodness) terlampaulah banyak merupakan video yang dilakukan oleh Jo secara suka-suka. Mungkin kerana followers-nya mampu relate kepada karakter Jo yang bersahaja dan dapat merasakan Jo sebagai kawan YouTube mereka ketika menonton.

IKLAN

Kebetulan pula, salah satu video kegemarannya adalah video The Spicy Ramen Challenge dan video What Is In My Mouth Challenge. Video challenge berbentuk impromptu sedemikian tidak memerlukan skrip dan kerana itulah, dia tak perlu menjadi orang lain.

Namun itu tidak bermakna Jo tidak memikirkan untuk memuat naik video yang ‘lebih serius’ pada masa akan datang.

“Saya percaya dengan platform yang saya ada sekarang, saya mampu bersuara tentang isu semasa. Kadangkala isu kritikal seperti gender inequality masih diperlekehkan – compared to say – siapa boyfriend selebriti A sekarang.

“Kita mudah untuk menghakimi sesuatu perkara tetapi kita tidak lakukan atau suarakan apa-apa untuk mengubah situasi itu. Do not forget that we, too have a voice, no matter how young we are.

 

IKLAN
“Ramai Influencer Popular, Followers Beratus Ribu Tapi Bazirkan Peluang Untuk…” – Johanis Sani
Instagram

 

“Pada tahun lalu, saya sempat untuk mengikuti acara larian Women Empowerment di Kuala Lumpur dan malangnya, saya menerima banyak komen negatif di media sosial kerana rata-rata memandang negatif tentang isu feminism. Mereka mempersoalkan mengapa saya menyokongnya, walaupun mereka sendiri pun tak faham apa itu feminism.

“Sebab itulah saya rasakan influencer Malaysia mempunyai peluang untuk mengajar seperkara dua mengenai perkara yang jarang dibincangkan oleh netizen. Janganlah selalu kejarkan clickbaits je.

“Kamu tahu kamu ada ruang untuk sampaikan sesuatu yang positif tapi kamu lebih pentingkan clickbaits. Kebanyakan influencer sudah kurang membincangkan isu yang benar-benar penting. The opportunity that they have is not being used wisely and that is such a waste. Sudah tiba masanya untuk kita lakukan perubahan mengikut cara kita.”

 

“Ramai Influencer Popular, Followers Beratus Ribu Tapi Bazirkan Peluang Untuk…” – Johanis Sani
Johanis Sani bersama remaja lain di dalam Majalah Remaja ‘Speaks Up’ issue untuk April-Jun 2018.

 

Umur bukanlah kayu pengukur kepada kematangan seseorang. Walaupun Jo yang kita lihat kelihatan muda (as she should) dan suka lakukan perkara yang menyeronokkan seperti merekod vlog dan challenges, ini tak bermakna dia tidak memikirkan isu semasa.

Go Girl ! And Happy Birthday from all of us !

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI