Baru malam ketiga kita menyambut kedatangan Ramadan, tapi korang sudah boleh membuat perancangan untuk Raya tahun ini.

 

Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta sempena Raya tahun ini, Proton ada berita baik untuk korang.

IKLAN

Bagi setiap model kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei ini, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama nilainya dengan  perbezaan harga kereta semasa dan harga kereta baharu selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

 

Proton Pula Beri ‘Hadiah’ Sempena GST Berkadar Sifar, Sah Hingga Akhir Mei Ini
Nak pilih Proton Saga ke Iriz, eh!

 

IKLAN

Proton Holdings Bhd berkata, ia bagi memastikan pelanggan mereka mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.

“Proton menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

IKLAN

“Walaupun GST berkadar sifar hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Jun ini, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami serta-merta sebagai penghargaan atas sokongan mereka,” jelas Proton semalam.

 

So, model kereta Proton mana yang paling onz?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI