Kalau sudah minat, pasti akan membawa hasil tidak kira di mana kamu berada. Seorang remaja yang baru sahaja berusia 26 tahun, Kate McWilliams telah diiktiraf apabila menjadi juruterbang penumpang paling muda di dunia.

Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi kapten di syarikat penerbangan tambang murah EasyJet yang beroperasi di Britain. Pada usianya 13 tahun, Kate sudah mula menyertai sebagai krew penerbangan dan melakukan penerbangan solonya pada tiga tahun kemudian.

Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menyertai latihan sebagai juruterbang ketika beliau berusia 19 tahun. Pada saat itu, Kate telah mengorak langkah untuk menjadi kapten pesawat komersial paling muda di dunia.

Menurut Kate, beliau sering ditanya tentang usia oleh krew dan penumpang hampir setiap hari dan kebanyakkan mereka kagum terhadap percapaiannya. Terdapat juga segelintir daripadanya inign tahu rahsia sehingga beliau berjaya menempa nama sebagai kapten pesawat.

Pada dua tahun lalu, hanya lima peratus juruterbang pesawat komersial yang merupakan wanita dan EasyJet mengumumkan untuk melahirkan lebih ramai juruterbang wanita dalam tempoh dua tahun dengan sasarannya sebanyak 12 peratus.

Bagi kamu di luar sana, jika minat terhadap sesuatu seperti sukan, seni, binaan, rekaan, dan macam-macam lagi, admin nasihatkan agar kamu teruskan usaha dan jangan mudah mengalah. Setiap apa yang kamu lakukan itu akan membawa hasil pada masa hadapan. #IniBaruRemaja
 

Sumber: Mstar