Apabila kamu mengalami masalah jantung dan terpaksa untuk melakukan pembedahan seperti pembedahan transplan, ia bukan sesuatu yang mudah kerana kamu harus tunggu dalam waktu yang lama.

 

Seorang remaja yang berasal dari Britain, Jim Lynskey merupakan pemakai jantung mekanikal termuda di Britain menyatakan perlu mengecas dirinya pada setiap malam untuk memastikan beliau sentiasa 'hidup'.

Jim turut menjelaskan bahawa beliau terpaksa tidur di 'docking station' yang merupakan tempat mengecas bateri pada setiap malam kerana beliau khuatir pek bateri jantungnya kehabisan kuasa, terutama apabila beliau terlebih tidur.

 

Menurut Jim, beliau rasakan seperti manusia bionik dan jantung mekanikalnya bergerak dengan menggunakan kuasa pek bateri yang mampu bertahan selama lapan jam.

 

Jim Lynskey telah menunggu selama 18 bulan untuk melakukan transplan jantung, tetapi kes beliau telah diklasifikasikan sebagai 'tidak penting' kerana tidak dianggap dalam 'bahaya yang nyata'.

 

Jantung tersebut dipanggil sebagai LVAD (Left Ventricle Assisted Device) yang memastikan darah sentiasa mengalir di setiap saluran darah di dalam badannya dan alat tersebut disambungkan mengguna kabel elektrik yang dimuatkan di dalam perutnya.

LVAD itu dibekalkan kuasa untuk hidup dengan menggunakan pek bateri yang dibawa olehnya di tali pinggang dan hanya bertahan selama lapan jam sahaja.  Jim turut menjelaskan bahawa beliau terpaksa membawa bateri tambahan sekiranya beliau berada di luar kawasan rumah.

 

Jim Lynskey merupakan seorang pelajar di dalam bidang pemasaran makanan di Sheffield Universiti turut menyatakan hasratnya untuk memiliki teman wanita tetapi kerana gaya hidupnya yang lain daripada manusia biasa, baginya itu perkara yang mustahil untuk dirinya memiliki teman wanita.

 

Beliau mengalami masalah jantung ketika berusia seminggu dimana dia dan kembarnya, Grace turut menghidap penyakit meningitis. Walaupun pada ketika itu Grace semakin pulih, doktor telah mendiagnosis Jim dengan dilated cardiomyopathy, dan mendapati keadaan jantung Jim menjadi semakin besar dan lemah.

 

Apabila beliau merasa jantungnya berdegup kencang, beliau meminta ibunya untuk membawakannya ke hospital untuk diperiksa dan doktor mendapati keadaan jantungnya semakin teruk. Beliau menghidapi dua cardiac arrest di mana keadaan jantung berdegup tidak menentu dan berhenti secara tiba-tiba.

 

Beliau telah dihantar ke hospital Birigham Queen Elizabeth dan doktor telah memasangkan defibrilator jantung yang membantu untuk mengejut jantung beliau kembali berfungsi dan tidak berhenti. Jim kembali hidup secara normal selepas sembilan tahun.

 

Pada April 2013, Jim mengalami masalah yang sama di mana jantungnya tidak tentu arah dan beliau mengalami masalah cardiac arrest untuk kali ketiga. Pelbagai cara telah dilakukan oleh doktor, namun gagal yang menyebabkan beliau terpaksa memakai semula jantung mekanikal sehingga kini.

 

Jim turut menyatakan, untuk kembali hidup normal, beliau terpaksa menunggu jantung baru untuk ditukar dengan jantungnya.