Baru sahaja berumur 18 tahun sudah melakar sejarah apabila berjaya mengelilingi dunia dengan menaiki pesawat enjin tunggal.

Lachlan Smart yang merupakan remaja berasal dari Queensland telah berjaya mendarat di Lapangan Terbang Maroochydore di Sunshine Coast yang merupakan lokasi sama ketika beliau mula berlepas pada 24 Julai lalu.

Lebih menarik lagi, Lachlan telah mengelilingi dunia dengan secara solo dan risiko penuh berada di atas bahunya sahaja jika terjadi apa-apa ketika mengembara tersebut.

Beliau telah mengelilingi dunia sejauh 24,000 batu nautika dan berhenti di 24 lokasi dan 15 negara sepanjang tujuh minggu pengembaraannya.

Lachlan telah menyifatkan keadaan cuaca dan komunikasi dengan pengawal trafik udara asing antara cabaran terbesar buatnya ketika mengembara. Walau apa pun, tahniah buat Lachlan Smart kerana telah berjaya menjadi anak muda yang berjaya mengelilingi dunia pada zaman ini. Syabas!