Baru sahaja berumur 21 tahun, Nurul Nabilah Abdul Jalil telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan antara enam pelajar terbaik dunia.

Beliau yang merupakan pelajar dari Fakulti Perakaunan, Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, telah mearaih pernghormatan tersebut bagi kertas P2 Laporan Korporat, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada Jun lalu.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/25082016/2.jpg


Lebih membanggakan lagi, Nabilah turut berjaya mengalahkan pesaing-pesaingnya apabila menduduki tempat pertama dengan catatan markah paling tinggi untuk kertas tersebut.

Menurut beliau, faktor utama kejayaan itu dikecapi adalah atas usaha gigihnya, dorongan dan restu dari pihak keluarga dan para tenaga pengajar ACCA.

Selain itu, semangat untuk mengecapi kejayaan tersebut turut didorongi apabila memiliki ahli keluarga yang mempunyai latar belakang dalam bidang yang sama.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/25082016/3.jpg


Nurul Nabilah turut menyata dan menyarankan agar pelajar kerap bertanya dan tidak mudah putus asa dalam setiap perkara yang diusahakan kerana itu akan menjadi sebagai pembakar semangat.

Kini, beliau sedang melanjutkan dua kursus ACCA terakhir iaitu P4 dalam Pengurusan Kewangan Lanjutan dan P6, Percukaian Lanjutan dan dijangkakan menamatkan pengajian tersebut pada Disember ini.

Tahniah dan semoga berjaya Nurul Nabilah untuk ujian seterusnya. Semoga Nabilah dapat mengharumkan nama negara sekali lagi dan membuktikan bahawa seorang lagi anak Malaysia boleh pergi jauh di mata dunia. #ProjekA #AforAttitude

Sumber berita diambil dan diolah dari Berita Harian.