Lebih daripada 90 peratus penduduk di dunia menggunakan telefon pintar sebagai alat komunikasi mereka. Ada juga menggunakan telefon pintar sebagai alat utama dalam melakukan sesuatu terutama dalam pekerjaan.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10052016/iXpand%20Flash%20Dirve/5.jpg


Dahulu telefon pintar di perkenalkan dengan hanya boleh menghantar dan menerima mesej serta telefon seseorang. Kini, dengan telefon pintar kamu dapat melakukan apa sahaja yang kamu ingin lakukan sama ada menangkap gambar, rekod video, mendengar lagu, melihat video dan pelbagai lagi perkara kamu boleh lakukan.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10052016/iXpand%20Flash%20Dirve/4.jpg


Tetapi masalah utama yang sering dihadapi oleh pengguna telefon pintar adalah kekurangan simpanan memori. Ia sering terjadi apabila kamu menghadiri majlis tertentu dan mengalami masalah simpanan memori tidak mencukupi. Ia akan memaksa kamu secara tidak langsung untuk membuang gambar atau video yang terdapat di dalam simpanan memori ketika itu.

SanDisk Corporation telah mereka satu produk yang dapat menyelesaikan masalah kamu itu. Dengan menggunakan iXpand Flash Drive, ia dapat membantu kamu dengan cepat untuk menyimpan memori yang terdapat di dalam telefon pintar itu.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10052016/iXpand%20Flash%20Dirve/6.jpg


Secara tidak langsung, ia juga membantu telefon pintar kamu bebas dari masalah tidak mencukup penyimpanan memori. iXpand Flash Drive direka dalam bentuk moden dan sesuai untuk pengguna iPhone dan iPad.

Dengan mempunyai penyambung USB 3.0 untuk kelajuan pemindahan data yang lebih cepat sehingga 150mb per saat,terutama untuk kegunaan Mac dan komputer. Aplikasi ini direka semula untuk memudahkan kamu mengurus dan menyimpan gambar, video dan muzik yang terdapat di dalam telefon.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10052016/iXpand%20Flash%20Dirve/1.jpg


Dengan menggunakan iXpand Flash Drive ini, kamu dapat menonton video tanpa masalah format video tersebut. Pemacu iXpand direka siap dengan semua format video dan ia lebih menyenangkan kamu untuk menonton secara langsung dengan hanya menggunakan pemacu ini.

Produk ini merupakan aplikasi yang direka semula, aplikasi iXpand Drive, yang menawarkan ciri-ciri baru dan pengalaman pengguna yang lebih baik. Ia turut memberi pengguna pilihan untuk menjimatkan ruang serta-merta, aplikasi ini kini mempunyai fungsi kamera dan pengguna boleh merakam dan menyimpan gambar atau video terus ke pemacu dan bukannya pada iPhone atau iPad mereka.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10052016/iXpand%20Flash%20Dirve/2.jpg


Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk secara automatik membuat sandaran kandungan dari laman rangkaian sosial popular, serta memainkan kembali muzik dalam aplikasi.

Dibina untuk generasi akan datang iXpand Flash Drive, aplikasi iXpand Drive tersedia untuk dimuat turun dari App Store untuk iPhone dan iPad. Aplikasi ini melancarkan apabila iXpand Flash Drive dipasang ke iPhone atau iPad dan membenarkan untuk pengembangan penyimpanan serta-merta, akses kepada kandungan pengguna dan pengurusan fail mudah.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/10052016/iXpand%20Flash%20Dirve/3.jpg


Dengan iXpand Drive ini, pengguna juga dapat mengunci maklumat dan data peribadi mereka dengan meletakkan akses kod atau cap jari apabila pemacu itu disambung dengan telefon atau iPad mereka. Ia memberikan kamu dan pengguna berasa lebih selamat jika pemacu ini hilang atau tercicir. Dapatkan iXpand Flash Drive di pasaran terdekat, yang mempunyai kapasiti penyimpanan 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB.