Kebersihan bahagian intim amat jarang dibincangkan secara terbuka. Namun, gadis dan wanita perlu menangani masalah kebersihan intim secara terbuka dan mendapat khidmat nasihat kerana ia adalah sebahagian daripada aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.

Memahami hal ini, produk pembersih khusus wanita, Orchid telah memperkenalkan kempen #Malu?TakMalu! di mana ia menggalakkan wanita muda untuk #BeYourself melalui produk pembersih khusus wanita yang menggabungkan herba-herba tradisional terbaik bersama formulasi pH seimbang bagi bahagian intim yang terbukti secara dermatologi.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/26082016/orchid/1.jpg


Selain itu, kempen ini juga bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran kepada wanita supaya berasa lebih bersemangat dengan kewanitaan mereka dan tidak perlu malu malah berasa kurang yakin terhadap diri sendiri.

Untuk menguatkan lagi kempen ini, Orchid kini turut melantik selebriti terkemuka, Sazzy Falak sebagai duta jenama mereka serta menerajui kempen yang memperkasakan wanita ini. Sazzy Falak dipilih berdasarkan karakternya yang memberi inspirasi dan menggambarkan golongan wanita Malaysia yang moden, dinamik, pintar, berkeupayaan dan mampu memainkan pelbagai peranan.

Produk pembersih khusus wanita, Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih yang menyegar dan membersih. Bahan-bahan ini bertindak menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar sentiasa lembut, selesa dan seimbang dari segi keintimannya. Pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun.