Go, go Power Rangers! Lagu tema pasukan aksi penegak kebenaran dan melindungi bumi dari ancaman penjahat ini sudah sebati dengan kita semua. Tidak lama lagi filem terbaru mereka dengan judul sama akan menemui penonton di pawagam pada 23 Mac 2017. Tapi kali ini REMAJA ingin mengajak kamu melihat apakah perbezaan utama antara siri TV 90'an dahulu dengan filem terbarunya ini. Rangers, gather up!
 

 

1. MEGAZORD

The much beloved super robot, Megazord! Rekaan Megazord dalam siri TV dahulu lebih ringkas dan menggunakan tema warna yang melambangkan setiap ahlinya. Berbeza dengan versi baru yang lebih kompleks dan kadangkala nampak seperti salah sebuah robot dari siri Transformer. Secara peribadi, REMAJA lebih suka dengan Megazord yang asal.
 

 

 

2. UNIFORM

Menerusi siri TV, Power Ranges mengenakan uniform yang cukup ringkas.Kadangkala nampak lipatan kainnya yang cukup menggelikan hati. Untuk yang terbaru rekaan lebih futuristik. Malah ia dikhabarkan mempunyai cahaya yang menyala di bahagian dalam plat perisai badan uniform. Penampilan baru ini nmampak lebih tahan lasak dan memang sesuai untuk pertarungan!
 

 

 

3. SUPER POWER

Ini merupakan satu perubahan paling ketaram kerana di dalam filem terbaru setiap ahlinya mampu mempunyai kuasa walaupun tidak 'bertukar'. Menerusi trailer kita boleh melihat karakter-karakter melompat melepas gaung yang jaraknya sangat jauh. Adakah mereka akan terus-menerus mempunyai kuasa seperti ini walaupun tanpa uniform dan bertukar kepada Power Rangers? Sama-sama kita tunggu filemnya nanti.
 

 

 

4. GOLDAR

Goldar merupakan tentera terkuat yang berada di bawah peringkat Lord Zedd dan Rita Repulsa. Cuma masalah si Goldar ini bila bertarung dia sering memandang remeh kemampuan lawannya iaitu Power Rangers. Menerusi filem terbaru, Goldar ta,pil dengan badan keemasan namun wajahnya berbeza dengan dahulu.
 

 

 

5. COMMAND CENTER

Di sinilah pada setiap episod Power Rangers berkumpul untuk mendapat arahan daripada Zordon. Jika menerusi siri TV pusat arahan ini nampak seperti bangunan kerajaan, versi filem pula nampak seolah-olah di dalam kapal angkasa yang terletak di dalam gua bawah laut.
 

 

 

6. RITA REPULSA

Ahli sihir paling dipercayai oleh Lord Zedd ini mempunyai kekuatan yang cukup luar biasa. Menurut kisah asal, Rita menghabiskan masa selama 10,000 tahun terapung di angkasa dan bila bebas, dia mahu membalas dendam. Versi terbaru menyaksikan perubahan drastik dari segi penampilan. Malah pelakonnya juga lebih muda dan memakai sut bewarna hijau.
 

 

 

7. ALPHA 5

Pembantu kegemaran ramai ini juga mengalami transformasi cukup berbeza untuk penampilannya di dalam filem terbaru. Dahulu ia lebih bersifat robotik manakala yang terbaru nampak lebih organik. Ramai yang menaruh harapan agar Alpha 5 tidak tenggelam dan akan menyerlah di samping Power Rangers yang lain.

 

 

 

8. ZORDON

Mentor yang sentiasa muncul dengan gaya kepala terapung! Di dalam filem terbaru Zordon muncul di skrin dengan wajah bercorak yang lebih abstrak. Namun fungsi serta tugas yang dipikul olehnya untuk membimbing Power Rangers masih sama.

 

 

 

 

PERADUAN POWER RANGERS REMAJA x TGV PICTURES

Jawab soalan-soalan di bawah dan lengkapkan slogan dengan cara paling kreatif!

 

1. Siapakah pelakon yang memegang watak sebagai Rita Repulsa?

 

2. Pada tahun berapakah siri TV Power Rangers mula ditayangkan di televisyen?

 

3. Bilakah filem terbaru Power Ranger akan ditayangkan di Malaysia?

 

Jika saya seorang Power Rangers saya ingin menjadi ranger bewarna ___________ kerana ______________ (tidak lebih 20 patah perkataan)

 

HADIAH PERTAMA x 1

Water Tumbler Power Rangers

 

HADIAH KEDUA x 2

T-shirt Power Rangers

 

HADIAH KETIGA x 3

Beg jerut Power Rangers

 

HADIAH SAGU HATI x 3

Kad trading Power Rangers

 

Emelkan jawapan kamu ke mohd.farizul@karangkraf.com sebelum 20 Mac 2017.