Sabtu lalu, pasti ramai yang mengeleng kepala apabila membaca akhbar di mana dilaporkan seorang murid perempuan berusia 10 tahun menjadi jenayah mangsa seksual pemandu van sekolah dinaikinya.

Pelajar perempuan itu dipaksa menghisap **** lelaki setiap kali dia balik dari sekolah dan jenayah seksual dianggap gila ini bukan berlaku sekali, sebaliknya sudah beberapa kali berlaku sebelum dilaporkan oleh kawan yang sama menaiki van tersebut kepada ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata suspek berusia 47 tahun itu sudah ditahan polis pada hari yang sama. Lebih menakutkan pemandu van itu sudah beberapa kali memaksa mangsa melakukan perbuatan jijik itu  dan turut dilihat pelajar lain yang menaiki van sekolah terbabit.

Katanya, pada hari kejadian, seorang rakan mangsa mengadu pada bapa mangsa yang dia ternampak rakan sebayanya itu dipaksa menghisap kemaluan suspek.

“Bapa mangsa kemudian nampak anaknya turun daripada van berkenaan dalam keadaan menangis dan ketika di dalam rumah, bapa mangsa bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian itu. Mangsa memberitahu suspek sudah beberapa kali memaksanya melakukan perbuatan itu selain diugut supaya tidak mengadu kepada ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber: BERITA HARIAN.

MENAKUTKAN tetapi jenayah dan kegilaan minda golongan dewasa yang melakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak seharusnya dikecam kerana ia boleh merosakkan masa depan pelajar itu sendiri.

Kes ini mendapat perhatian serius dari seorang guru Mohd Fadhli Bin Othman yang juga pengasas Modul Goodbye Pornography yang telah menyenaraikan lima cara untuk ibu bapa dan anak-anak yang bergantung kepada perkhidmatan van sekolah dari menjadi jenayah mangsa seksual porno yang dilihat amat menggerunkan ini.

Pelajar 10 Tahun DiCabul Pemandu Van, CIKGU AJAR 5 KAEDAH Elak Jadi Mangsa Jenayah Seksual

Baca perkongsiannya, semoga anak-anak dan gadis remaja tidak menjadi mangsa NAFSU SERAKAH golongan gila ini.

IKLAN

Anda percaya dengan Pengusaha Bas @ Van sekolah anak anda ?

Anak anda naiki van / bas ke sekolah ?

Siapakah pemandunya ?

Apakah latar belakangnya?

Siapakah orang terawal naik bas / van ?

IKLAN

Siapakah orang terakhir turun dari bas / van itu ?

Pelajar 10 Tahun DiCabul Pemandu Van, CIKGU AJAR 5 KAEDAH Elak Jadi Mangsa Jenayah Seksual
Banyak ibu bapa bergantung kepada keperluan bas dan van sekolah kerana kerja. Ramai yang meletakkan 100 peratus kepercayaan anak selamat pergi dan pulang. Gambar hiasan semata-mata.

Bukan untuk buruk sangka kepada pengusaha pengangkutan sekolah. Tetapi lebih kepada berhati hati.

Ibu bapa yang cakna, mereka akan berusaha melihat dan mengenali dengan siapa si anak berinteraksi. Meletakkan kepercayaan sepenuhnya adalah tindakan tidak wajar.

Namun tingkah dan ciri pemandu bas / van adalah diluar kawalan kita sebagai ibu bapa. Pokoknya bagaimana kita hendak mendidik anak anak kita memelihara diri dan tahu langkah langkah yang patut di ambil ketika berada dalam kenderaan tersebut.

Antara Langkah langkah yang boleh diambil ialah:

IKLAN
  1. Pastikan anak duduk dibahagian hadapan jika si anak adalah orang pertama yang menaiki kenderaan ke sekolah.
  2. Pastikan dan ajar anak duduk di hadapan bas / van sekiranya dia adalah orang yang terakhir di lokasi yang terakhir.
  3. Ajarkan anak anak anda menjarakkan diri dengan pengusaha bas / van. Elakkan si anak kerap bergurau. Di takuti batas batas itu akhirnya hilang.
  4. Setiap kali sebelum anak anda pulang atau tiba di rumah, pastikan anda mampu menunggu bas / van agar anak anda merasakan keberadaan anda sebagai ibu bapa.
  5. Lihat atau perhatikan tingkah anak terutamanya. Jika ada sebarang tanda yang pelik teruk bertanya atau berbual dengannya

Ini adalah beberapa langkah yang asas bagi ibu bapa dan anak anak. Langkah langkah ini merupakan perkara di dalam kawalan kita sebagai ibu bapa.

Yang penting pendidikan dan penjelasan di rumah hendaklah difahami dengan jelas oleh anak anak.

Jenayah seksual seperti yang dilaporkan hari ini semakin hari semakin menjadi. Ada di antara pengusaha bas cuba mengumpan material bagi menutup tingkah sumbang yang dilakukan.

Kesedaran ini wajar diperluaskan kepada masyarakat dan komuniti sekolah.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY

#goodbyepornography

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI