• 1.7K
    Shares

Ramaikan yang kenal Uncle Kuan ini. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan  susah kerana katanya KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.

Malah baru-baru ini, kisahnya yang menyewakan van jenazah hanya pada harga RM1 juga mendapat perhatian. Bukan itu saja, kalau korang menjengah fb miliknya, atas nama Kuan Chee Heng, tentu korang dapat membaca pelbagai kisah perkongsiannya yang membantu golongan tidak berkemampuan termasuk menghantar peti ais baru yang disumbangkan oleh seorang individu yang tak mahu dikenali dan Uncle Kuan tolong menyampaikannya. Bukan itu saja, Uncle Kuan hari ini turut membawa satu ibu yang lumpuh dan ayah seorang nelayan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM. Mulianya hati Uncle inikan.

Inilah keluarga yang dibantunya untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM hari ini

Memandangkan hari ini, Israk Mikraj, bersamaan 27 Rejab di mana ada beberapa peristiwa penting berlaku di mana Nabi Muhammad SAW yang diangkat ke langit bertemu Allah taala. Turut dicatatkan juga semasa peristiwa Israk (bermaksud dibawa berjalan) dengan menggunakan buraq, berlaku kejadian Malaikat Jibrail melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini juga, Baginda Nabi turut diperlihatkan keadaan syurga dan neraka, bertemu Rasul-rasul terdahulu dan apa yang paling penting  solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (pada malam kejadian Israk Mikraj) ini.

Ternyata sebegitu besar peristiwa hari ini dan tidak terkecuali berlaku keajaiban seperti dikongsikan oleh Uncle Kuan ini dalam catatan FBnya. Apa keajaiban dilaluinya?

Uncle Kuan memperkenalkan sewa RM1 bagi van jenazah bagi keluarga kurang berkemampuan kira-kira 5 hari lalu dan mendapat perhatian netizen yang memuji kemuliaan hatinya itu.

 

TUHAN YANG MAHA ESA,  MAHA PENCATURAN SEGALA NYA…. kebetulan hari ini Israk Mikraj……….

Pagi pagi satu wanita Melayu yang saya tak pernah jumpa, tak kenal langsung. Masukkan RM2000 kepada akaun peribadi saya dan suruh saya gunakan dengan baik. Selang 15 minit saya terima satu call dari satu gadis Melayu merayu menghantar ayah saudara nya dari surau Hospital Kuala Lumpur ke Klau Pahang kerana tak mampu sewa Van Jenazah dengan harga RM1500.

Saya telah mengumpulkan pilot saya untuk pergi ke KL untuk urus jenazah. Saya tidak perlu pergi, tapi saya tergerak hati untuk ke sana kerana hati saya kurang senang  dan mau ucap takziah  dan maka saya pandu van tersebut ke surau tersebut.

Saya tiba di surau KL hanya ada 5 orang sedang menunggu saya. Satu ialah isteri arwah, anak saudara arwah, kawan arwah dan isteri kawan arwah dan seorang penjaga surau.

Isteri arwah dalam keadaan sungguh sedih. Saya masuk surau dan lihat jenazah arwah terkaku tiada berteman. Isteri arwah dalam keadaan panik kerana TIADA WANG LANGSUNG untuk menjelaskan kos mandi dan urusan jenazah berjumlah RM 850. Beliau sedang membuat beberapa panggilan talipon tetapi saya boleh sense jawapan yang di beri.

Uncle Kuan banyak berbakti kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Katanya KITA ANAK MALAYSIA

SAYA TERINGAT RM2000 TADI yang telah dimasukkan kedalam akaun saya dan saya mengeluarkan dompet dan KEBETULAN DOMPET PUN ADA WANG. Saya lantas jelaskan kos jenazah, berikan extra wang kepada isteri arwah untuk balik ke kampung di Klau, Pahang.

Saya imbas kembali, kesemua nya seperti SUDAH DI ATURKAN OLEH MAHA KUASA. Pagi pagi ada orang masuk wang kedalam akaun saya., tiba tiba pulak ada orang mohon bantuan jenazah, tiba tiba saya PULAK SIBUK PERGI MENZIARAH, tiba tiba saya lihat air mata bercucuran kerana kesukaran dalam membayar kos mandi jenazah, dan tiba tiba dompet saya pulak penuh dengan duit yang saya selalu tak bawa banyak macam tu….. SEMUA NYA TELAH DI CATURKAN …… dari awal pagi sehingga selesai segala nya…… Ya Tuhan … kau yang Maha Mengetahui segala nya dan mengaturkan segala nya……… Kebetulan atau percaturan…. hanya Mu yang tahu……

 

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: