• 2.3K
    Shares

Selagi nama manusia, kita tidak dapat lari daripada nafsu fitrah yang sering menyelubungi diri. Lagi-lagi pada bulan suci Ramadan ini, terdapat beberapa kemusykilan tentang perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan sewaktu menjalani ibadah puasa.

Ramai yang dah sedia maklum bahawa persetubuhan di antara suami dan isteri adalah perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Namun persoalannya, mungkin ada segelintir individu yang masih tertanya-tanya sama ada perlakuan onani di bulan puasa akan menyebabkan puasa kita batal atau tidak?

Hukum onani yang dilakukan di bulan puasa perlu dijelaskan mengikut konteksnya terlebih dahulu. Jika memang seseorang itu sedang berpuasa dan tidak boleh menahan diri dan ingin melakukan onani dengan cara tertentu sehingga merangsang dan menyebabkan pengeluaran air mani, maka hal ini dapat membatalkan puasa individu tersebut.

Namun, jika tidak ada niat mengeluarkan air mani maka puasa tersebut tidaklah batal. Tetapi, jika proses keluarnya air mani itu terjadi dengan sendirinya tanpa keinginan dan tanpa proses bersentuhan langsung, contohnya keluar air mani kerana bermimpi atau terlihat ‘pemandangan seronok’, maka hal ini tidak membatalkan puasa.

Menurut rumaysho.com pula, majoriti ulama telah bersepakat bahawa kelakuan onani atau masturbasi pada waktu puasa adalah termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini dapat dilihat berdasarkan sabda Nabi SAW, Allah SWT berfirman,

“Orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat, makan dan minumnya.” (HR. Bukhari no. 7492)

Dan onani adalah sebahagian daripada perkara syahwat.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni berkata,

“Jika seseorang mengeluarkan mani secara sengaja dengan tangannya, maka ia telah melakukan suatu yang haram. Puasanya tidaklah batal kecuali mani itu keluar. Jika mani keluar, maka batallah puasanya kerana perbuatan ini termasuk dalam makna qublah yang timbul daripada syahwat.”

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin berkata, “Jika seseorang memaksa keluar mani dengan cara apa pun baik dengan tangan, menggosok-gosok ke tanah atau dengan cara lainnya, sampai keluar mani, maka puasanya batal. Demikian pendapat ulama mazhab, iaitu Imam Malik, Syafi’i, Abu Hanifah, dan Ahmad.

Sedangkan ulama Zhohiriyah berpendapat bahawa onani tidak membatalkan puasa walau sampai keluar mani. Alasannya, tidak adanya dalil dari Al Qur’an dan As Sunnah yang membuktikan bahawa onani itu membatalkan puasa. Dan tidak mungkin kita menyatakan suatu ibadah itu batal kecuali dengan dalil dari Allah dan Rasul-Nya.

Namun begitu, di Malaysia kita mengikut mazhab Syafie dan jelas sekali menunjukkan bahawa perbuatan onani sehingga mengeluarkan air mani akan membatalkan puasa seseorang itu.

Berikut merupakan dua hadis lain yang turut menjelaskan bahawa perbuatan onani di bulan puasa boleh menyebabkan puasa terbatal.

1. Dalam hadis qudsi yang sahih, Allah SWT berfirman,

“Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwat karena-Ku.” (HR. Ahmad, 2: 393, sanad sahih). Onani dan mengeluarkan mani dengan paksa termasuk bentuk syahwat. Mengeluarkan mani termasuk syahwat dibuktikan dalam sabda Rasul SAW,

“Menyetubuhi isteri kalian (jima’) termasuk sedekah.” Para sahabat pun bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana bisa salah seorang dengan syahwatnya mendatangi istrinya bisa mendapatkan pahala?” “Bukankah jika kalian meletakkan syahwat tersebut pada yang haram, maka itu berdosa. Maka jika diletakkan pada yang halal akan mendapatkan pahala,” jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Muslim no. 1006)

2. Dalil qiyas (analogi), iaitu dalam hadis telah disebutkan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti kerana muntah dengan sengaja, bekam dengan mengeluarkan darah dan kedua-dua perbuatan ini dapat melemahkan badan.

Apabila korang muntah, semua makanan akan keluar dan jelas sekali ia dapat melemahkan badan kerana tubuh menjadi kosong lalu menjadikan anda cepat lapar dan kehausan. Sama seperti rawatan bekam, ia juga turut melemahkan badan.

Demikian halnya jika melakukan onani iaitu apabila keluar air mani maka badan akan menjadi lemah. Inilah yang dikatakan bentuk qiyas dengan menjadikan muntah dan bekam sebagai contoh.

Semoga penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan buat korang yang selama ini tidak habis fikir tentang hukum beronani di bulan Ramadan dan diingatkan sekali lagi, apa-apa pun hukum onani itu tetap haram di sisi agama Islam. Jadi korang fikirlah sendiri ya. Hiks!

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: