Dalam tempoh beberapa hari ini, nama Faiz Roslan telah menjadi viral dan disebut ramai. Rata-ratanya dengan konotasi yang sangat negatif sekali.

Kenapa? Pertama disebabkan video kurang sopannya berpakaian seperti wanita dan terbaru video tentang dirinya yang secara terbuka mengaku tidak berpuasa.

Perkara tersebut telah mengundang kemarahan banyak pihak termasuklah beberapa orang selebriti terkenal tanah air. Sehingga hari ini, kita telah dimaklumkan bahawa Faiz telah memadam akaun Instagram yang dikendalikan olehnya.

Mufti Wilayah Persekutuan Jemput Faiz Roslan Untuk Bertemu

Mufti Wilayah Persekutuan Jemput Faiz Roslan Untuk Bertemu

 

IKLAN

Melihat perkara tersebut yang menjadi semakin tidak terkawal, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membuat kenyataannya berkenaan isu ini di laman media sosialnya iaitu di Facebook dan Twitter.

Dengan nada yang cukup berhemah beliau menyatakan bahawa perkara ini baru sahaja diteliti melalui maklumat daripada rakan-rakan stafnya di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan Jemput Faiz Roslan Untuk Bertemu

IKLAN

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan lagi, dia yakin Faiz mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian untuk berdepan dengan isu ini kerana sanggup hadir menjawab segala persoalan di dalam program Motif Viral baru-baru ini.

Beliau juga menasihati Faiz agar kembali kepada kefahaman Islam sebenar al-Quran dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam agama. Tambahnya lagi setiap masalah pasti akan ada titik penyelesaiannya.

Di dalam kenyataan tersebut juga beliau menyatakan sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

IKLAN

Faiz Roslan juga dijemput untuk bertemu dengannya dan menghubungi Setiausaha Sulit menerusi talian telefon.

Remaja berharap isu ini tidak akan terus berpanjangan. Kepada Faiz Roslan terimakah pelawaan terbuka daripada Mufti Wilayah Persekutuan ini. Semoga pertemuan ni nanti boleh memberikan manfaat kepada Faiz.

Mufti Wilayah Persekutuan Jemput Faiz Roslan Untuk Bertemu

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI