Najwa Latif hakikatnya tidak pernah menghilang daripada radar dunia hiburan.

 

Malah, Najwa juga konsisten mengeluarkan single terbaru dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti Satu, Biar dan Hilang. Tontonan video muziknya juga mencecah lebih 1 juta tontonan setiap kali ia dimuat naik di YouTube.

Namun, disebabkan oleh komitmen Najwa terhadap pelajaran dia perlu membahagikan masa di antara pelajaran dan kerjaya. Mungkin sebab itu kemunculannya di televisyen, talkshow dan persembahan luar tidak ‘sekencang’ penyanyi sebaya dengannya.

 

Because I love sleeq. Good morning! ?

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

 

IKLAN

“Mama juga menyokong penuh keinginan saya untuk belajar. Kami juga selalu membincangkan keputusan saya untuk belajar sehinggakan saya melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran di United Kingdom. Mama berat hati untuk lepaskan saya pergi.

“Saya juga hormati keputusan itu. Lagipun, kalau nak belajar – di mana-mana saja pun boleh,” tambah Najwa.

Mengenai hubungan dengan mama, Najwa juga menganggap beliau sebagai best friend sendiri.

“Semua adik-beradik saya tahu kami boleh bercakap tentang apa-apa saja dengannya. Macam saya, mama faham keperluan saya untuk melakukan persembahan kerana mama juga pernah aktif dalam pementasan di Johor dan beliau sukakn rentak keroncong dan Tradisional.

“Cuma sejak bergelar guru, beliau lebih menjurus kepada deklamasi sajak dan puisi di atas pentas. Yang penting, masih di atas pentas!” selorohnya.

IKLAN

 

 

Satu perkara yang melucukan adalah apabila mama Najwa pernah menyatakan suara Najwa kasar ketika menyanyi!

“(Ketawa) Iyalah, mama sudah terbiasa dengan irama tradisional. Berbanding dengan saya, mungkin skil saya lebih kepada pop. Apapun, saya dan kakak selalu menganggap mama sebagai pengkritik nombor satu kami.

IKLAN

“Contohnya, semasa kami hasilkan Cinta Muka Buku, dia kata tak sedap. Namun bila kami menerima respon baik daripada pendengar, dia lembutkan hati dan kata, ‘Mungkin orang muda sukakan lagu sebegini.’ Saya tahu, mama mengkritik kerana dia ingin memastikan lagu yang saya nyanyikan mudah diterima ramai.”

 

#MothersDay “Dulu Mama Tak Suka Lagu Cinta Muka Buku, Tapi Ubah Fikiran Bila..” – Najwa Latif
Najwa Latif di dalam paparan REMAJA isu Mei 2017.

 

Mengakhiri perbualan REMAJA bersama Najwa Latif, Najwa menganggap tiap-tiap hari adalah Hari ibu. Dia juga lebih gemar untuk membelikan hadiah untuk mamanya secara random jika terjumpa. Ini kerana keluarga memang sebegitu. Tidak terlalu obses dengan perancangan, hanya beli dan beri saja.

“Sebab itulah, setiap hari adalah Hari Ibu untuk kami!”

 

Happy Mothers Day, aunty!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI