Bagi korang yang telah menyaksikan episod kelima program Hero Remaja 2017, pastinya korang tahu siapakah tetamu jemputan yang menjayakan salah satu segmen pada episod tersebut.

Ia tak lain, tak bukan penyanyi Hafiz Hamidun!

Di sebalik kemelut kontroversi yang melanda bekas ahli kumpulan nasyid UNIC ini, salah satu perkara yang penulis lihat masih tak berubah mengenai Hafiz adalah sifat ingin berkongsinya. Sejak dulu lagi, Hafiz tak pernah lokek untuk berkongsi ilmu.

Buka sajalah topik yang berkaitan dengan isu semasa mahupun yang dikategorikan sebagai Islamik, Hafiz akan cuba untuk menjawab atau sekadar memberi pandangan.

Jadi Artis Bukan Tiket Untuk Tinggal Solat- Hafiz Hamidun

Dalam pada penulis dan Hafiz berbual di Rumah Bakti Al Kausar Bangi untuk penggambaran Hero Remaja 2017 ketika itu, salah satu daripada topik yang dibentangkan adalah perihal solat dalam kalangan penggiat industri seni tanah air.

IKLAN

Ramai yang beranggapan, apabila seseorang itu sudah bergelar ‘retis’, secara tak langsung ikatannya dengan ibadah yang dituntut oleh Islam – yakni kewajipan solat 5 kali sehari – itu sudah longlai. Senang cerita, bila dah jadi artis, dia tak akan solat. Gitu?

Tidak. Hafiz berpendapat itu hanyalah cerita lama yang selalu dijaja. Baginya, tak semua artis punya perangai sebegitu rupa. Lihat sajalah kepada artis senior seperti Rosyam Nor.

“Soal solat ni sebenarnya berbalik kepada individu itu. Tak kiralah dia mencari rezeki di jalan Allah melalui landasan anak seni, sebagai peguam, sebagai polis, sebagai bibik sekalipun. Selagi dia beragama Islam, dia bertanggung jawab untuk menunaikan kewajipan yang diletakkan ke atas dirinya,” ujar Hafiz.

Tapi...bagaimana pula dengan perihal solekan pada wajah artis? Itu tak termasuk lagi kalau ada body paint atau efek makeup pada badan dia. Macam mana pulak tu?

IKLAN

“Makeup ini sebenarnya adalah perkara kecil je. Again, ia berbalik kepada individu tersebut.”

“Sedangkan orang yang dalam keadaan darurat tanpa air pun mempunyai cara untuk mengambil wudhuk, inikan lagi artis di Malaysia yang ada segala macam kemudahan tapi dibebani beribu alasan.”

Kata Hafiz, sebelum bersolek, seorang artis (tak kiralah lelaki mahupun perempuan) boleh saja mengambil air wudhuk terlebih dahulu. Masuk saja waktu solat, terus tunaikan solat agar dia boleh fokus dengan babak lakonan selepas itu. Kan senang, tak jadi masalah pun.

Jadi Artis Bukan Tiket Untuk Tinggal Solat- Hafiz Hamidun

Tapi…bagaimana pula jika wudhuk dia terbatal? (Ini bukan alasan okay! Hehe tapi kerisauan)

IKLAN

“Ini memerlukan budi bicara di antara artis tersebut dengan kru produksi dan jurusoleknya. Sebagai seorang artis dan sebagai seorang Muslim, kamu mempunyai hak untuk meminta jurusolek membersihkan solekan agar kamu boleh mengambil wudhuk.

 

“Zaman sekarang ni pun saya rasa lebih senang berbanding 10 tahun yang lalu. Wet tissue dijual di merata-rata tempat. Artis sendiri boleh bersihkan solekan. Betul tak?” tanya Hafiz.

 

“Artis itu juga perlu pandai menyusun jadual kerja dan jadual solatnya. Jika di sebelah tengah hari dia sibuk dengan penggambaran, mungkin dia boleh ‘schedule’ kan waktu solat Zuhur berdekatan dengan waktu solat Asar agar jurusolek tak perlu terlalu kerap memperbetulkan solekan.”

Jadi Artis Bukan Tiket Untuk Tinggal Solat- Hafiz Hamidun

Hhm betul juga tu. Nampaknya memang tak ada alasan untuk seorang artis tidak menunaikan solat. Soalnya adalah sama ada dia nak atau tak je.

Bagi para finalis Hero Remaja 2017 yang baru berkecimpung di dalam industri ini, REMAJA harap agar korang tak lupakan kepada Yang Esa yang membantu korang untuk sampai ke tahap ini. Amin.

Memang mudah untuk seseorang itu menyimpang dari laluan lurus. Namun seandainya jiwa dan hati kita tekad pada Yang Satu, pasti korang tak akan hadapi masalah untuk kembali kepada kewajipan kamu.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI