Budaya menonton drama bersiri kini telah berubah dengan cukup mendadak. Jika dahulu kita harus menunggu di depan televisyen setiap minggu menantikan episod baru, kini ia jauh berbeza. Netflix khususnya telah mengubah cara kita menonton drama bersiri di mana penonton boleh menentukan masa sendiri bila dan di mana mereka mahu menontonnya.

Dan dalam era ini muncul pula persaingan di kalangan peminat tegar drama bersiri di Netflix iaitu the Binge Racer. Menonton drama bersiri untuk satu musim dalam tempoh satu hari? Wowww, mungkin ia kedengaran agak mustahil tetapi itulah yang telah dilakukan oleh peminat tegar drama bersiri terutamanya di Netflix.

Menurut Netflix, kepantasan menonton drama bersiri dan menghabiskannya dalam tempoh paling cepat merupakan satu kebanggaan buat mereka. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan untuk menonton di Netflix. Sebagai contoh menonton ketika berada dalam tren, mengemas rumah, berlari di atas treadmill dan makan tengahari atau malam.

Malaysia Raih Tempat Pertama Sebagai Binge Racer di Netflix!

IKLAN

Tambah Netflix lagi, sebanyak 8.4 juta penggunanya telah memilih untuk Binge Racer dan budaya menonton secara ekstrem ini terus meningkat hari demi hari. “Terdapat kepuasan yang muncul apabila menjadi orang terawal selesai menonton sesebuah drama bersiri. Ia perasaan yang sama bila menghabiskan baca novel dalam tempoh singkat,” jelas Timbalan Presiden Siri Asli Netflix, Brian Wright.

“Netflix memberikan ruang untuk penonton melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak mampu direalisasikan.”

IKLAN

Di Asia, negara kita Malaysia berada di kedudukan paling atas sebagai negara yang paling pantas menonton drama bersiri di Netflix. Senang cerita, Malaysia merupakan King Binge Racer di Asia! Untuk rekod yang lebih mengagumkan lagi, Malaysia merupakan negara yang mempunyai peratusan pengguna tertinggi di dunia menghabiskan siri American Crime Story dalam tempoh paling singkat!

IKLAN

TOP BINGE RACER NETFLIX DI ASIA

1. Malaysia
2. Singapura
3. Filipina
4. Taiwan
5. Hong Kong
6. Thailand
7. India
8. Jepun
9. Korea Selatan

Bagaimana negara kita berjaya menduduki tempat pertama. Bagi Remaja mungkin terdapat beberapa faktor. Selain data Internet yang kini semakin murah, akses rangakain berkelajuan tinggi juga semakin meluas. Atau mungkin ramai rakyat negara kita terutamanya di kalangan belia dan remaja memang kaki tengok TV! LOL

TOP 20 DRAMA BERSIRI PILIHAN BINGE RACER

1. Marvel’s The Defenders
2. Gilmore Girls: A Year in the Life
3. Santa Clarita Diet
4. Friends from College
5. White Gold
6. Atypical
7. Chewing Gum
8. Stranger Things
9. Narcos
10. The Ranch
11. Terrace House: Aloha State
12. GLOW
13. Anne with an E
14. You Me Her
15. Fuller House
16. Master of None
17. Marvel’s Iron Fist
18. Unbreakable Kimmy Schmidt
19. Frontier
20. Dirk Gently’s Holistic Detective Agency

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI