Pertama sekali, tahniah Remaja ucapkan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) secara umumnya dan khasnya buat semua mahasiswa yang telah menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR)yang berlangsung malam tadi.

Menurut laporan dari Sinar Harian, kumpulan mahasiswa UIAM ini menjadi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang pertama melafazkan IBR di Malaysia.

Pada majlis yang dilangsungkan di majlis Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di UIAM semalam, lafaz IBR oleh mahasiswa diketuai oleh pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, saudara Amir Ridwan Idris.

Ia turut disaksikan oleh Ketua Pesusuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.

IKLAN
Mahasiswa UIAM Jadi Pelajar IPTA Pertama Malaysia Sertai Ikrar Bebas Rasuah
Foto hiasan (Kredit: Jalurgemilang.my)

Jelas Rektor UIAM, dia berasa sangat bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa UIAM untuk memerangai dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah.

Kesedaran serta pendedahan tentang bahaya gejala rasuah kepada mahasiswa ini sangat penting sebelum mereka menjejaki dunia pekerjaan profesional yang pastinya terdedah dengan ancaman ini.

IKLAN

Bagi Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Duzlkifli pula beranggapan bahawa mahasiswa memainkan peranan penting dalam usaha negara memerangi rasuah. Beliau menyeru mahasiswa UIAM bersama-sama SPRM untuk menolak dan membanteras amalam rasuah.

Pada majlis ini juga berlangsung perasmian Gerakan Mahasiwa Anti Rasuah (GEMA) yang merupakan program yang menjalankan pelbagai kempen anti rasuah untuk menyuntik kesedaran tentang perlunya mahasiswa menghindari gejala rasuah.

IKLAN

Sekali lagi, tahniah Remaka ucapkan buat mahasiswa-mahasiswa UIAM! Semoga langkah ini akan disusuli oekh semua mahasiswa di IPTA serta IPTS di seluruh negara.

Mahasiwa merupakan generasi yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan serta mewarisi masa depan Malaysia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dan pastinya menolak rasuah biarlah dari usia muda remaja!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI