Musim panas hari ni membuat ramai di antara kita yang tak senang hati untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Kalau nak beli sunblock, harganya bukan calang-calang dan boleh mencapai sehingga puluhan ringgit.

 

Jangan risau!

 

REMAJA ada jalan penyelesaiannya.

 

Buah Tomato bukan sahaja berkhasiat untuk di makan, Malah ia juga sebenarnya bagus untuk mengelakan kulit daripada terbakar dan secara tidak langsung dapat memutihkan kembali dan meratakan tona kulit yang berbelang akibat terik matahari.

 

 

Bagi sesetengah orang berpendapat, tomato sangat sesuai untuk di jadikan sebagai sunblock.

 

Cara-caranya, campurkan tomato yang telah di potong halus atau di blend ke dalam satu bekas yogurt yang tidak berperisa.

 

 

Kemudian kacau ia sehingga menjadi sebati dan sapukan ke kawasan kulit yang sering terkena sinaran matahari. 

 

Lakukan petua ini beberapa kali setiap minggu untuk kesan yang lebih menakjubkan.

 

Selamat mencuba!