Heavy flow atau kebocoran saat period memang sesuatu yang menakutkan buat para gadis. Umpama satu mimpi ngeri bila ia terjadi.

 

Bukan sahaja berbau, tompokan yang melekat dipakaian pasti meninggalkan kesan yang tidak sedap untuk dipandang.

 

 

Jangan risau, garam  mampu membantu anda untuk selesaikan masalah ini.

 

Caranya:

Basahkan bahagian yang terkena darah dengan air suam, taburkan beberapa cubit garam di bahagian berkenaan dan sental sehingga kotoran mula luntur.

 

 

Selepas itu bilas dengan air sejuk dan sental buat kali ke dua dengan sabun mandian atau basuhan agar bau hanyir itu hilang dan jemur seperti biasa.

 

Selamat mencuba!