Bibir kering ketika berpuasa memang perkara biasa. Dehidrasi akan menyebabkan kulit menjadi kering dan dilihat pada bibir kita. Meskipun macam perkara remeh, boleh terjejas juga rutin harian dek kerana bibir. For girls especially, 5 perkara ni mesti pernah dialami masa berpuasa.

 

1. Bibir kering macam kertas pasir

 

http://www.getzkick.com/wp-content/uploads/2015/01/Dry-Lips-Do-looks-Very-Odd-To-Look-At.gif

Bila letak jari kat bibir, rasa kasar betul macam kertas pasir. Bibir pun nampak lebih gelap sebab kering dan mengelupas.

 

2. Menangis nampak bibir berdarah

 

via GIPHY

Bibir kering pun dan cukup stres, kalau berdarah lagilah sedih! Sakitnya bila bibir merekah dan berdarah, orang yang pernah mengalami je yang faham. Kalau boleh, nak menyorok daripada semua orang sebab mesti ada yang tegur pasal kondisi bibir tu.

 

3. Pakai lipstik tak cantik & tak sekata

 

via GIPHY

Kalau tak sapu lipstick, nampak sangat bibir merekah. Tapi bila sapu lipstick, hasilnya tak cantik dan tak sekata. Semacam highlight setiap flake kat bibir pula! Walaupun kebanyakan orang akan faham ini situasi biasa berpuasa, kita tak dapat mengelak daripada rasa self-conscious sebab perkara ni kan?

 

4. Selalu nak jilat bibir

 

https://i.makeagif.com/media/4-18-2014/4Go8TR.gif

 

Bila bibir dah terasa kering, biasanya secara automatik kita akan terasa nak menjilat bibir. Sebenarnya  bibir akan jadi lebih kering begini. Kenapa? Sebabnya, air liur mengandungi enzim mencerna makanan dan bukannya ejen pelembab kulit. Air liur di permukaan juga tersejat dengan cepat, jadi kita akan mengulangi perbuatan menjilat bibir dan menjadikan bibir lebih teruk.

 

5. Terpaksa elakkan makanan pedas

 

via GIPHY

Tomyam? Goreng bercili? Lupakah je dulu. Lapisan kulit di bibir kita sangat sensitif, jadi semasa mengalami bibir kering, mengelupas dan merekah ni terpaksalah lupakan sekejap makanan favourite yang pedas-pedas dan berikan masa kepada bibir untuk sembuh. Tapi, takkan setiap kali puasa nak bersedih sebab bibir?

 

Solusi paling mudah ialah dengan menggunakan lip balm yang boleh melindungi, melembab, dan merawat bibir seperti Mentholatum Natural Treatment Lipbalm.

 

Ia juga penuh dengan ramuan pelembap semula jadi, Aloe, Vitamin E dan SPF untuk memberikan kamu bibir lembut menawan. Kembalikan bibir tersebut di hari lebaran nanti okay! Produk bibir daripada Mentholatum ini boleh didapati di farmasi-farmasi dan pasar raya utama pada harga RM12.80.