Selain menjaga kesihatan rambut menggunakan caara moden, ada juga di antara individu yang gemar menjaga kesihatan rambut mereka dengan cara tradisional.

Selain menjimatkan masa ia juga mudah untuk dilakukan. Apabila rambut sihat dan berseri, barulah aura glamor pada penampilan diri kamu akan lebih terserlah.

1. Minyak zaitun

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/penjagaan%20rambut/4.jpg


Kamu juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lembut. Caranya, kamu hanya perlu lumurkan minyak zaitun sebelum tidur. Keesokkan harinya, bilas rambut kamu seperti biasa.

2. Telur

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/penjagaan%20rambut/2.jpg


Bagi yang mempunyai rambut kusut dan kering, kamu boleh mengambil manfaat yang terdapat melalui telur ayam. Ambil kuningnya sahaja dan campurkan bersama minyak kelapa dan madu. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas serta shampoo seperti biasa.

3. Limau purut

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/penjagaan%20rambut/5.jpg


Limau purut juga boleh digunakan khusus untuk kamu yang mengalami masalah kelemumur. Ambil beberapa biji limau purut dan belah kepada dua bahagian. Kemudian gosokkan limau purut pada kulit kepala. Lakukan proses ini beberapa kali dalam seminggu.

Meskipun kamu akan mengalami rasa pedih, namun ia dikatakan ccukup berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur yang dialami ketika itu.

4. Daun lidah buaya

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/penjagaan%20rambut/1.jpg


Selain daun bunga raya yang sedia diketahui mampu melebatkan rambut, daun lidah buaya juga mampu untuk mengatasi masalah keguguran rambut khususnya rambut yang panjang.

Caranya, ramaskan daun lidah buaya sehingga mengeluarkan lendir (alovera) dan kemudian lumur pada rambut selama satu hingga dua jam. Lakukan proses tersebut dalam seminggu. Kamu akan lihat perubahan yang menarik!

5. Mayones

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/19072016/penjagaan%20rambut/3.jpg


Selain sering digunakan di dalam sajian makanan, mayones turut membantu melembapkan rambut. Caranya, sapukan mayones pada rambut dan biarkan ia selama 20 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk sehingga bersih.