Semalam hangat di media sosial berikutan seorang Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah yang menulis kebenaran tentang bagaimana media salah lapor tentang nama penyakit Parathyroid TIDAK SAMA dengan thyroid sehingga mendatangkan “igauan ngeri” kepada masyarakat.

Kebarangkalian “bahasa” digunakan agak terbuka, ramai di kalangan ahli keluarga pesakit berbahas mengenainya di saat keadaan pesakit iaitu Puan Liyana yang sedang kritikal ketika ini selepas menjalani pembedahan selepas sekian lama menahan derita.

Hari ini juga di kebanyakan medium facebook, ramai doktor-doktor yang memberi sokongan kepada rakan sejawat mereka kerana sememangnya terdapat perbezaan penyakit ditulis dengan nama penyakit sebenarnya.

Kontroversi Doktor VS MEDIA SALAH LAPOR, Ini Penyakit Paratiroid Yang Hangat Diperkatakan
Teguran mengenai artikel ini semalam mencetuskan konroversi di kalangan netizen yang berbahas mengenainya

 

Baca kisah sebenarnya nama “penyakit” yang mencetuskan kontroversi ini hasil tulisan  Nephrologist Dr Fadh Zakaria dari Hospital Serdang. Semoga infonya mampu memberi manfaat dan tiada lagi salah lapor berlaku.

Sudah lama saya tidak menulis. Terlalu sibuk memberi ceramah tentang bahaya suplemen kepada masyarakat. Tetapi kali ini saya akan menulis tentang penyakit paratiroid, yang biasanya meyerang pesakit- pesakit dialisis.

Setiap orang mempunyai mempunyai kalenjar paratiroid (PTH) (3-5 biji) yang biasanya terletak di belakang kalenjar tiroid. Kalenjar PTH dan kalenjar tiroid adalah dua kalenjar yang berbeza tetapi sangat penting fungsinya pada tubuh manusia. Rujuk gambar dari internet untuk visual yang lebih tepat.

Gangguan fungsi pada kedua-dua kalenjar memberi manifestasi berbeza, walaubagaimanapun untuk pesakit dialisis, kalenjar PTH adalah sangat penting untuk kawalan beberapa unsur dalam badan.

IKLAN

Apabila seseorang itu telah menjalani rawatan dialisis, pelbagai unsur dalam badan akan berubah metabolismenya. Kesemua metabolisme unsur-unsur ini berkait rapat dengan rawatan dialisis itu sendiri, cara pemakanan dan ubat-ubatan pesakit.

Kontroversi Doktor VS MEDIA SALAH LAPOR, Ini Penyakit Paratiroid Yang Hangat Diperkatakan

Kontroversi Doktor VS MEDIA SALAH LAPOR, Ini Penyakit Paratiroid Yang Hangat Diperkatakan

Kalenjar PTH (paratiroid) ini mengawal metabolisme kalsium, fosfat dan hormon IPTH yang sangat penting untuk struktur tulang kekal. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan dalam kawalan unsur-unsur ini, tulang boleh menjadi rapuh, memendek dan akan berlaku pembentukan tulang lembut yang tumbuh di kawasan tidak sepatutnya (contoh di tulang rahang, langit-langit dan beberapa tempat lagi yang tidak di duga dek akal!).

Tulang lembut ini dipanggil ‘Brown’s tumour” (gambar dari internet) yang amat sukar dibuang sekiranya keseimbangan unsur kalsium, fosfat dan hormon IPTH tidak dikawal sempurna.

IKLAN

Pakar buah pinggang sentiasa menyarankan pengambilan diet rendah fosfat kepada pesakit untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Kami juga akan membekalkan pesakit dengan ubat pengikat fosfat (Phosphate binder) untuk memastikan fosfat sentiasa dalam kawalan.

Tetapi banyak pesakit yang tidak faham tentang hakikat ini dan menganggap kami sengaja tidak mahu pesakit makan sedap dan sentiasa bagi ubatan yang berbakul-bakul. Kami sayang pesakit kami, kerana itu kami sangat kisah dan busy body dengan body anda!!!

Sekiranya kalenjar PTH didapati sukar lagi dikawal, maka selalunya pakar buah pinggang akan menasihatkan pesakit untuk membuang kalenjar ini sementara ubat masih boleh mengawal penyakiti.

Walaupun selalu digerunkan dengan istilah “potong leher”, pembedahan kalenjar PTH adalah selamat, dan berisiko sederhana. Sudah pasti pakar buah pinggang akan memastikan setiap pesakit mereka akan selamat sebelum dan selepas pembedahan, dan sudah pasti langkah sewajarnya akan diambil untuk mengurangkan komplikasi.

IKLAN

Mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan di peringkat yang dinasihatkan, janganlah memohon pembedahan dijalankan apabila komplikasi penyakit kalenjar PTH telah menimpa anda – tulang mereput, badan memendek, tulang paru2 mengecut, wajah berubah dan sebagainya – kerana bila ini semua berlaku, risiko pembedahan akan menjadi super tinggi!!!

Tidak banyak pakar bedah atau pakar bius sanggup mengambil risiko ini. Biasanya apabila berlaku komplikasi dari penyakit kalenjar PTH ini, ubat sudah tidak berjaya mengawal penyakit lagi.

Pesakit dialisisku, tepuk dada tanyalah selera!! Kami bukan kejam, kami faham penyakit anda…. kami hanya mahukan yang terbaik untuk anda!!!

#kamisayangpesakitkami
#janganjadipesakitdialisis

Rafidah AbdullahLily MushaharSuryati Yakob

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI