Semakin hampir kita dengan Pilihan Raya Umum ke-14, semakin banyak teori pelik yang dikeluarkan.

 

Terbaru, sebuah posting di Facebook mendakwa ada parti politik yang ‘menjemput’ sekumpulan pelancong warga asing ke Pulau Pinang baru-baru ini, 23 April yang lalu.

2 buah video tersebut menunjukkan warga asing itu memasuki perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada bahagian status pula, ia berbunyi, “Bangla datang ke Malaysia untuk mengundi Barisan Nasional.”

Ketibaan Warga Asing Di Airport Pulau Pinang Bertukar Viral, Adakah Mereka ‘Pengundi Hantu’?
Video yang dimuat naik di Facebook.

 

IKLAN

Well, spekulasi sama ada mereka akan mengundi untuk parti tersebut masih menjadi tanda tanya. Namun yang pasti, jumlah berdozen-dozen warga Bangladesh itu menimbulkan persoalan bagaimana mereka boleh memasuki negara kita secara beramai-ramai.

Sehingga kini, kedua-dua video tersebut telah dikongsi (share) selama lebih 16,000 kali dalam masa tiga hari saja.

Kebanyakan daripada pengguna Facebook meluahkan spekulasi dan kemarahan sekiranya benar mereka merupakan pengundi hantu.

IKLAN

Bagaimanapun, akhbar berbahasa Cina Sin Chew melaporkan bahawa warga asing tersebut adalah sebahagian daripada penonton konvensyen tahunan sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM) di Pulau Pinang.

Ketibaan Warga Asing Di Airport Pulau Pinang Bertukar Viral, Adakah Mereka ‘Pengundi Hantu’?

Syarikat bernama QNet itu dikatakan membawa masuk warga asing dari 70 buah negara termasuklah Hong Kong, Mesir dan India untuk sebuah perhimpunan yang dianjurkan di SPICE Arena, Pulau Pinang sehingga 28 April ini.

IKLAN

 

* * * * *

Terma ‘pengundi hantu’ selalunya merujuk kepada golongan yang tidak layak mengundi semasa Pilihan Raya Umum.

Mungkin kerana mereka tidak mempunyai kewarganegaraan, di bawah umur atau mereka yang telah meninggal dunia namun identiti masih digunakan oleh ‘seseorang’.

Hmm, lebih baik kita tidak menuduh mana-mana pihak akan perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Namun segala tuduhan seperti ini terutamanya dalam tempoh berkempen harus dibalas dengan penjelasan agar netizen tidak terus-menerus menuduh.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI