Masih ignat lagi pada pertengahan lalu Kendall & Kylie Jenner mengeluarkan koleksi eksklusif pakaian mereka? Antara koleksi yang dikeluarkan terdapat beberapa yang t-shirt yang menggunakan foto rapper legenda seperti Tupac dan Notorious B.I.G.

Kendall & Kylie Jenner Selesaikan Kes Saman Berkenaan T-shirt Tupac Di Luar Mahkamah

Dan ia pantas menjadi tular dek kerana penggunaan foto tersebut digabungkan bersama dengan foto mereka. Apa yang lebih mengeruhkan keadaan, Kendall & Kylie menerima backlash yang cukup hebat daripada netizen.

Salah satu daripada foto tersebut merupakan hasil jurugambar Tupac, Michael Miller. Foto Tupac yang digunakan mereka berdua untuk t-shirt yang dikeluarkan dikatakan tidak mendapat izin. Michael Miller telah memfailkan saman dan kes tersebut telah menjadi antara bualan hangat. Apatah lagi apabila melibatkan dua ikon fesyen anak muda paling popular di laman media sosial seperti Kendall & Kylie Jenner.

IKLAN

Menurut TMZ, pada minggu ini pihak Kendall & Kylie telah mencapai kata sepakat dengan Michael Miller untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Menurut sumber juga, kedua-dua pihak telah menanggung sendiri yuran guaman mereka dan sehingga kini masih tiada pengesahan sama ada pihak Kendall & Kylie membayar sejumlah wang pampasan atau tidak.

Namun, Kendall & Kylie masih lagi berdepan dengan satu lagi kes saman yang belum diselesaikan yang turut melibatkan hal sama. Dalam koleksi kontroversi yang di keluarkan tersebut, terdapat juga t-shirt yang memaparkan imej seorang lagi rapper legenda iaitu Notorious B..I.G. atau Biggie.

IKLAN

Ibu kepada mendiang Biggie, Volletta Wallace dikatakan lebih berkeras dan tidak akan senang untuk diyakinkan agar kes diselesaikan di luar mahkamah. Malah Volleta juga telah membidas tindakan Kendall & Kylie di laman Instagram menyatakan koleksi tersebut sebagai ‘disrepectful, disgusting and exploitation at its worst’.

IKLAN

Walaupun pihak Kendall & Kylie telah menarik semula koleksi t-shirt tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi media sosial, pihak Volletta masih meneruskan saman berkenaan.

Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kes ini dengan baik.

Kepada pengusaha dan pengkarya apa jua seni di tanah air, jauhilah daripada menggunakan karya orang lain tanpa kebenaran untuk meraih keuntungan sendiri.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI