Demam Piala Dunia 2018 nampaknya semeriah denhan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketibaan bulan Syawal tahun ini menjadi lebih bermakna apabila temasya bola sepak 4 tahun sekali tiba hampir serentak.
Dan tidak dapat dinafikan di rumah-rumah terbuka ketika mengunjungi sanak-saudara pasti topik bola sepak dan Piala Dunia menjadi pilihan.
Rusia sebagai tuan rumah Piala Dunja pada kali ini dilihat cukup bersedia walaupun sebelum ini dilaporkan berdepan beberapa masalah daripada persiapan.
Namun ada satu karakter yang sentiasa ceria menghiburkan pengunjung serta peminat bola sepak. Dia tidak lain tidak bukan ialah maskot Piala Dunia 2018 Rusia, Zabivaka!
Siapakah Zabivaka?
IKLAN
Ia merupakan seekor serigala atau anthropomorphicEurasianwolf (Canis lupus lupus) dengan warna coklat dan putih yang memakai kemeja-T bertulis ‘RUSSIA 2018’ dan sepasang goggles.
Berikut merupakan 5 fakta menarik Zabivaka
01
Zabivaka merupakan rekaan daripada seorang pelajar seni reka bernama Ekaterina Bocharova yang memenangi undian di Internet tertinggi.
IKLAN
02
Menurut perekanya, goggles yang dipamai Zabivaka bukaah goggles yang digunakan untuk sukan berbasikal tetapi merupakan perlindungan mata disebabkan ia terlalu pantas.
03
Kombinasi warna putih, biru dan merah pada kemeja-T Zabivaka membawa lambang negata tuan rumah, Rusia.
IKLAN
04
Zabivaka merupakan maskot Piala Dunia yang ke-14 diperkenalkan dalam sejarah pertandingan ini.
05
Maskot Zabivaka memperolehi undian sebanyak 53%, mengalahkan maskot lain seperti harimau (27%) dan kucing (20%). Lebih sejuta orang mengambil bahagian dalam pengundian ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak dan tidak hanya itu, personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati.
Korang mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.
Terbaru menurut laporan India.com, bintang Juventus ini sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram.
Cristiano Ronaldo telah mengumpul lebih 250 juta followers di laman instagramnya, jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar dengan jumlah 144 juta followers.
Menurut Forbes, Ronaldo akan mendapat ‘elaun’ dari Instagram hampir 1 juta USD setiap kali beliau memuatnaik posting. Wow…bestnya up gambar pun dapat duit!
Pemain yang berusia 35 tahun ini juga terkenal dengan sikap yang suka menghulur bantuan membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama. Jadi, mungkin disebabkan itulah Cristiano Ronaldo menjadi orang pertama ada followers sebanyak ini. Apapun, sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.
Dugaan akhir tahun 2021, hujan lebat baru-baru ini merupakan bencana paling teruk melanda negara dalam 50 tahun ini.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.
Antara negeri yang terlibat ialah Selangor iaitu di kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala, ribut petir juga dijangka akan melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Selain itu Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dan di Johor yang melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga dilanda cuaca buruk itu.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal akan melanda Sarawak iaitu di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau) dan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata MetMalaysia.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Malah MET Malaysia juga mengingatkan rakyat Malaysia berjaga-jaga sehingga 29 Disember nanti.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter Met Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini tular di media sosial mengenai perlakuan seorang remaja yang memijak Al-Quran dan perlakuannya itu dikecam netizen yang menganggap tindakan itu sebagai bodoh dan jahil agama.
Lebih membangkitkan kemarahan apabila perbuatan remaja berkenaan dari daerah Kusial, Tanah Merah itu dilihat memijak al-Quran bagi membuktikan dirinya tidak berzina dengan seorang lelaki bernama Irwan sebagai mana kes yang ditularkan. Perbuatan empat orang remaja yang menerima kecaman netizen ini terbalas apabila empat orang sudah ditahan pihak polis.
Dalam laporan polis yang telah tular di media sosial itu, difahamkan remaja memijak al-Quran itu seorang remaja berusia 17 tahun tetapi sudah berhenti sekolah ketika tingkatan empat iaitu Siti Nor Liana Roslan.
Dalam kes tangkapan itu juga dikatakan teman wanita Irwan iaitu Shalnazira berusia 18 tahun, Syikin (perakam video) dan juga Mek Na yang mana kesemua mereka sudah dalam tahanan pihak polis. Perbuatan remaja ini mula terbongkar apabila kakak kepada salah seorang suspek melihat video dan membuat laporan polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Jika jahil menjadi ukuran perbuatan tidak senonoh ini, benarkah sumpah menjunjung al-Quran itu wujud atau ada berlaku dalam ajaran Islam?
REMAJA mendapatkan penjelasan dari pendakwah terkenal, Ustaz MK Azman mengenai isu tular ini dan mendapatkan pandangan adakah ada dalam ajaran islam perbuatan menjunjung al-Quran bagi perbuatan bersumpah.
Menurut pendakwah ini, perbuatan bersumpah menjunjung al-Quran tiada dalam ajaran Islam.
“Yang ada ialah Qasam di mana individu yang bersumpah perlu menyebut Wallahi, Wabillahi dan Wataallahi dengan niat dan tidak perlu memegang al-Quran ketika sumpah itu disebut.
“Adab menjunjung al-Quran yang pernah orang buat, pernah lakukan atau berfikir itu sebagai perbuatan betul ketika bersumpah hanyalah pemikiran-pemikiran silap,” katanya yang berkata perbuatan memijak al-Quran adalah satu perbuatan tidak baik kerana kalam Allah itu amat mulia dan menjadi kitab pegangan seluruh umat Islam.
Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman berkata, selain menyebut Waallahi, Wabillahi dan Wattallahi sebagaimana diketahui ramai, sumpah juga boleh disebut dengan menyebut nama-nama Allah.
“Sebagai contohnya, Demi Ar Rahman, aku tak pernah buat perbuatan itu. Ini juga satu lafaz sumpah di mana nama-nama Allah disebut. Sumpah juga boleh dilafaz menggunakan sifat-sifat Allah.
“Contoh perkataannya begini, Allah Yang Maha Mulia, Aku berlindung dengan Kemuliaanmu, kemudian baru sebut perbuatan yang kita mengaku itu,” katanya sambil menambah sumpah turut disebut sebagai Lian.
“Sebagai contoh, suami mengaku bahawa anak dilahirkan isterinya bukan anaknya dan itu semua dikira sebagai satu akuan sumpah yang benar.
Apa perlu buat selepas bersumpah?
Jelas Ustaz Mk Azman, biasanya umat Islam disarankan bertaubat jika benar melakukan kesilapan.
“Islam itu amat mudah sebagaimana sifat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Jika kita buat silap, segeralah Istigfar. Untuk lebih baik, tambahkan dengan solat sunat taubat di mana kita sedar diri kita sudah terkhilaf dan tak akan mengulanginya lagi perbuatan tersebut.
Untuk bertaubat, selain istigfar, solat, individu itu harus tinggalkan perbuatan pernah dia lakukan dan terakhir membenci perbuatan tersebut.
Dalam pada itu, menjelaskan dalam satu keadaan seorang individu diugut atau dipaksa sebagai kes yang tular, jelas Ustaz Mk Azman, paksaan bererti kaki individu dipegang dan kemudian dipaksa pihak.
“Tapi kalau setakat kata-kata ugutan akan berbuat itu dan ini itu bukan dikira ugutan tetapi individu perlu berfikir dengan betul adakah perbuatan itu salah atau tidak,”katanya yang meminta remaja berhati-hati dengan setiap tingkah laku perbuatan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...