Pernah tak rasa stres di tempat kerja dengan bos yang terlalu cerewet? Bukan saja cerewet, mulutnya memang tak boleh nak cover-cover langsung bila menyoal sampai kita selalu sakit hati.  Selalu pula banding-bandingkan diri kita dengan pekerja lain.

Paling-paling tak, ada yang menyumpah dalam hati. Disebabkan hati terlalu sakit, kita memilih berhenti kerja. Bagi yang pernah alami di diskriminasi di tempat kerja atau selalu berasa diri disisihkan, mungkin korang terutamanya perempuan boleh menulis luahan hati ini di invisiblewomen.com.my yang dilancarkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita-wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka.

“Kena Sisih Di Tempat Kerja” , Kat Mana Nak Mengadu? Baca Ini..

WAO baru-baru ini melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (‘Invisible Women’) sebagai landasan untuk memperluaskan suara wanita-wanita yang mengalami diskriminasi gender. Wanita-wanita ini boleh berkongsi kisah mereka – secara anonim, jika mereka mahu — melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.

“Tinjauan WAO menunjukkan bahawa 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, kami ingin memberikan gambaran di sebalik statistik tersebut bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita,” kata Presiden WAO, Carol Chin.

“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,’ kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.

IKLAN

Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.

“Pada masa yang sama, masyarakat beranggapan wanita patut mempunyai anak,” jelas penulis teks Leo Burnett, Pia Dhaliwal. “Namun secara professional, jarang sekali sokongan diberikan kepada wanita-wanita untuk berbuat sedemikian. Malah kadangkala, tiada sokongan langsung diberikan.

“Wanita sering disoal ketika temuduga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.

“Kena Sisih Di Tempat Kerja” , Kat Mana Nak Mengadu? Baca Ini..
Golongan wanita banyak menyumbang idea kepada pembangunan syarikat dan ada ramai yang berjaya. pix sumber internet

Oleh itu, kempen ini bertujuan untuk memberi gambaran terhadap cerita-cerita sebegini.

IKLAN

“Kami mahu sekumpulan wanita berkongsi kisah mereka untuk menunjukkan betapa luasnya diskriminasi gender ini — dan mengapa kita memerlukan undang-undang yang lebih baik berhubung isu ini,” tambah Chin.

“Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender di sektor swasta.”

“Matlamat utama kami adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Kami memerlukan input dan sokongan orang ramai untuk menyokong tindakan ini.”

“Apabila kita berkongsi cerita, kita akan mendapati bahawa kita tidak bersendirian. Kita akan sekaligus mewujudkan perasaan solidariti. Anggaplah kempen ini sebagai #MeToo bagi diskriminasi gender,” kata Chin.

IKLAN
“Kena Sisih Di Tempat Kerja” , Kat Mana Nak Mengadu? Baca Ini..
Adakalanya wanita mengalami tekanan melampau di tempat kerja – pix sumber internet

 

“Kena Sisih Di Tempat Kerja” , Kat Mana Nak Mengadu? Baca Ini..
Isu gender, lelaki dan perempuan ada kalanya timbul di tempat kerja- pix sumber internet

 

Kempen ini akan berakhir dengan sebuah pameran seni yang akan menampilkan kisah wanita-wanita ini yang akan bermula pada 8-18 Mac 2018 di White Box Theatre, Publika.

Kempen ini dibiayai oleh Suruhanjaya Tinggi British.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila lawat invisiblewomen.com.my.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI