• 302
    Shares

Keadaan hangat semalam selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sulta Ibrahim mencemar duli ke pasaraya Aeon Mall Tebray City. Baginda di sana bukan untuk acara rasmi tetapi untuk memberikan surprise kepada rakyat Johor yang berbelanja di Aeon semalam dalam bentuk wang tunai!

Setiap pengunjung di pasaraya tersebut mendapat wang tunai berjumlah RM3,000 untuk pembelian barang keperluan mereka.

Kata TMJ menggunakan alat pembesar suara, “Saya ingin mengumumkan kepada semua dia sini, semua barang yang kamu beli akan dibayar oleh saya,” kata baginda yang ditemani oleh Che Puan Khaleeda Bustamam.

Artikel Berkaitan: “Lahirkan Lebih Ramai Anak Muda Wakili Kerajaan” -TMJ Di FB

Menurut beberapa laporan media dan portal, TMJ dikatakan berbelanja sehingga melebihi RM1 juta semalam.

Selepas pengumuman tersebut, apa lagi, pengunjung ibarat orang tak keruan memilih barangan yang mereka perlukan dan inginkan. Ibarat dilepaskan dari kandang, semua pengunjung bergegas di seluruh pasaraya untuk mengejar masa sekitar sejam sebelum pasaraya tersebut akan ditutup.

REMAJA memahami situasi ini kerana bila lagi ada orang yang nak belanja kita RM3,000!

Namun, apa yang menyedihkan adalah keadaan pasaraya itu selepas tempoh masa sejam tersebut.

Dah macam kawasan yang diserang ‘Zombie’, keadaannya cukup berkecah dan tak teratur.

Dengan botol minuman berterabur di atas lantai malah banyak packaging produk yang pecah dan tidak lagi boleh dijual semula, ramai netizen yang tercengang melihat betapa ‘hebatnya’ kuasa berbelanja rakyat Malaysia.

Sebut je free, semangat masing-masing terus berkobar!

Foto keadaan pasaraya berkecah ini dimuat naik oleh pengguna Twitter, Nurainie Haziqah dan serta-merta bertukar tular dengan lebih 6000 retweet.

Penulis tidak menafikan, peluang untuk berbelanja itu harus diambil sepantas kilat.

Namun kita sebagai rakyat yang mempunyai nilai bertimbang rasa seharunya memikirkan perasaan staf pasaraya tersebut yang perlu membersihkan semula.

Tak kisahlah jika TMJ akan membayar upah pihak luar untuk membersihkannya juga, namun apa salahnya jika kita berbelanja dengan berhemah.

FB: Helen Yap

FB: Helen Yap

 

Ini pula antara comment yang diberikan oleh followers kami di Instagram Majalah Remaja berkenaan isu ini.

Tahun lalu, isu kawasan berkecah ini turut melanda negeri Johor selepas gedung perabot IKEA dibuka di Tebrau.

Adakah ini bermaksud pisang mampu berbuah dua kali?

Hari ini, Aeon Tebrau telah mengumumkan notis melalui akaun Facebook mereka bahawa pasaraya itu akan ditutup bermula hari ini bagi kerja pembersihan.

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: