Pada hari ini, keputusan bagi calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah mula boleh didapati di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun tiada pengumuman secara berpusat dilakukan seperti tahun sebelumnya selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan PMR.

Untuk tahun 2017, seramai 424,251 calon menduduki peperiksaan di seluruh negara. Pelajar-pelajar dinilai mengikut empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.

5 Tip Memilih Aliran Sesuai Untuk Tingkatan 4

Jadi ke mana hala tuju pelajar selepas PT3? Tidak dapat dinafikan masih terdapat kekeliruan daripada ibu bapa dan terutamanya di kalangan pelajar sendiri bagaimana untuk menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran sesuai bila ke tingkatan 4 nanti.

Difahamkan, pelajar-pelajar yang layak boleh memohon memasuki ke Tingkatan Empat di mana-mana sekolah terpilih termasu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara. Tujuh SBP menawarkan sejumlah 945 tempat untuk kemasukan pelajar Tinglatan Empat. Itu untuk pelajar yang cemerlang. Bagaimana pula dengan yang lain?

IKLAN

Bagi Remaja, PT3 memang peperiksaan dan penilaian yang penting tapi ia bukanlah titik nokhtah untuk pelajar mencapai kejayaan pada masa akan datang. Masih jauh lagi perlajanan mereka untuk ditempuhi.

Jadi bagaimana ntuk memilih aliran yang sesuai. Di sini Remaja ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh membantu ke mana hala tuju pelajar selepas PT3.

5 Tip Memilih Aliran Sesuai Untuk Tingkatan 4

IKLAN

Aras Pencapaian

Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu pengukur pencapaian pelajar, terutamanya buat pelajar berminat untuk ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik harus diberi perhatian memandangkan lebih banyak subjek berkaitan akan dipelajari bila memasuki aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun sekurang-kurangnya ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan pencapaian akademik pelajar di tingkatan 4 kelak. Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam aliran Sains.

Ukur Kemampuan

Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Kalau kebiasaannya berdepan kesukaran untuk belajar dan sentiasa mendapat markah yang kurang memuaskan, maka kamu perlu pertimbangkan dengan sebaiknya. Adakah benar kamu ingin teruskan dalam aliran Sains? Jika bukan aliran Sains, bagaimana? Mungkin itu yang menjadi persoalan kamu. Percayalah aliran Sastera dan Teknik/Vokasional juga sangat penting. Bukanlah nak cakap dua aliran itu lebih senang tetapi mungkin kecenderungan kamu bukan pada aliran Sains. Nilai diri dengan sebaik mungkin, InshaAllah perancangan anda ini nanti akan akan jadi satu percaturan yang terbaik.

Kenal Pasti Minat

Untuk memilih aliran sama ada Sains, Saster atau Teknik/Vokasional juga boleh didasarkan kepada minat kamu terhadap bidang tertentu. Dengan minat, apa yang kamu lakukan pada masa akan datang akan menjadi lebih senang dan teratur. Tapi ingat, dengan minat sahaja kamu tidak akan ke mana tapi harus selari dengan pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat dalam aliran Sains atau Sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kamu boleh rujuk guru kaunseling sekolah untuk ketahui potensi kamu ke arah mana.

IKLAN

Jangan Segan Bertanya

Malu bertanya sesat jalan. Begitulah lumrah hidup, kita memang tidak boleh nak buat pandai sendiri jika tidak tahu. Sebagai seorang pelajar kamu tidak harus berasa malu atau segan untuk bertanya kepada guru. Contohnya kalau kamu ingin ambil aliran Sains, pergilah berjumpa guru Sains dan Matematik. Selaku pembimbing kamu dia lebih mengetahui adakah kamu boleh teruskan dengan minat terhadap aliran tersebut. Jangan malu untuk kadikan guru mereka sebagai suara penting untuk kamu buat keputusan.

Istikharah

Selepas segalanya telah diusahakan kamun harus berserah dan memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa agar diberi petunjuk dan mempermudahkan segala perancangan kamu.Usaha terkakhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik terutama bagi kamu yang dalam dilema teruk.

Buat semua lepasan PT3, good luck dan buatlah pilihan yang tepat semasa memilih aliran untuk memasuki Tingkatan Empat!

Foto: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI