Apa nak jadilah dengan budak-budak sekarang. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Australia telah mengejutkan keluarganya terutama ibunya apabila mendapati dia tiba-tiba hilang dan berada di Indonesia.

Kanak-kanak yang dirashsiakan identitinya itu dilaporkan telah selamat pulang ke negaranya selepas mencuri kad kredit ibunya dan membeli tiket peneberbangan ke Indonesia.

Wahhh, macam mana dia boleh terlepas sampai ke Indonesia tanpa pengawasan ibu bapa?

Kanak-Kanak 12 Tahun Curi Kad Kredit Ibunya & Terbang Ke Bali Tinggal Di Hotel Mewah

IKLAN

Menurut laporan sebuah program TV di Australia, ‘A Current Affair‘, kanak-kanak tersebut menghabiskan masa selama lima hari di sebuah hotel lima bintang di Bali. Sebelum mencuri kad kredit itu, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah bertegang leher dengan ibunya. Akibat berang, dia telah mencuri kad kredit dan membeli tiket penerbangan secara online.

Kemudian dia juga telah memperdaya neneknya untuk mendapatkan pasport dan menaiki tren ke lapangan terbang sebelum berangkat ke Bali, Indonesia.

IKLAN

Setibanya di hotel, dia memberitahu pihak hotel tersebut bahawa kakaknya akan menyusul datang dan memintanya untuk check-in terlebih dahulu. Dan selama 5 hari itulah dia menghabiskan masa dengan bersahaja di All Seasons Hotel.

Kanak-Kanak 12 Tahun Curi Kad Kredit Ibunya & Terbang Ke Bali Tinggal Di Hotel Mewah
Ibu kanak-kanak tersebut yang dikejutkan dengan berita tanpa diduga sama sekali

Kehilangannya secara tiba-tiba meresahkan keluarganya yang kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa. Menurut ibunya di dalam program ‘A Current Affair’, dia seakan tidak percaya dan kelu seribu bahasa apabila mendapati anaknya berada di luar negara.

IKLAN

Akibat kejadian ini, ramai pihak mula mempersoalkan tentang bagaimana kanak-kanak di bawah umur mampu membeli tiket penerbangan, menaiki kapal terbang dan bertukar pesawat dari Sydney ke Perth dan berjaya check-in hotel tanpa pengawasan orang dewasa.

Mungkin kanak-kanak ini agak bernasib baik ataupun dia sememangnya sangat bijak dan licik. Apa yang mengejutkan lagi, setibanya di lapangan terbang di Denpasar, dia telah menyewa sebuah basikal dan menuju ke hotel seorang diri tanpa sebarang pertolongan orang lain.

Melarikan diri dari rumah bukanlah jalan penyelesaian untuk apa jua masalah. Apatah lagi dengan mencuri kad kredit ibu bapa. Jangan jadikan contoh ini sebagai pemangkin untuk korang berbuat begini pula ya!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI