• 93
    Shares

 

Walaupun ada di antara korang yang dah lama meninggalkan zaman sekolah, ada satu hari yang korang akan ingat sampai bila-bila

 

HARI GURU 16 MEI.

Jika dahulu di sekolah, pada hari ini kita akan berebut menemui cikgu masing-masing di kelas dan bilik guru untuk memberikan hadiah seikhlas mungkin. Penulis selalu bagi cawan baru, korang pula macam mana? Hehe.

Beberapa tahun telah berlalu dan sukar untuk pelajar Malaysia melupakan cikgu. Apatah lagi kalau cikgu korang cool tahap mega seperti di bawah, lagilah sayang ketat-ketat!

 

01

Cikgu ‘Simpankan Please’

Biasalah, apabila kita baru dihadiahkan oleh ibu bapa dengan telefon bimbit pertama (yasss, finally!) kita mesti ingin membawanya ke sekolah juga. Macamlah dekat rumah tu ada orang nak curi phone tersebut. Bukanlah untuk berlagak dah ada phone, tapi sebab bangga dan ‘advance’ sikit hehe. Terutamanya bagi korang yang ada flip phone Motorola atau telefon sabun Sony Ericsson dulu, fuhh macam anak orang kaya beb.

Tapi bila kena spot check mengejut oleh pengawas di dalam kelas, mulalah gelabah nak sorok mana!

Cikgu Kimia kita pun pura-pura jalan dari hadapan ke belakang kelas dengan handbag dia (like, pengawas tak pelik ke?) Para pelajar pun apa lagi, masukkanlah telefon masing-masing secara berjemaah ke dalam beg tersebut.

 

 

02

Cikgu ‘Genapkan Markah’

Korang tahu tak betapa peritnya nak lulus subjek Additional Maths!

Like, kenapa perlu ada Add Maths bila ada subjek Matematik, penulis masih tak faham. Jadi, secara logiknya akan berlambaklah pelajar yang akan gagal dalam subjek tersebut. Kadangkala, nampak macam mereka dah plan untuk gagal bersama-sama.

Namun, akan ada waktu istimewa di mana cikgu mendapat seruan alam untuk menggenapkan markah gagal tadi. Dari 38 terus naik ke 40.

Yahoo!

 

03

Cikgu ‘Main Sama-Sama’

Semasa tiba waktu Pendidikan Jasmani (PJ), ada di kalangan pelajar yang memang terlebih semangat. Itu sajalah masa untuk mereka bergiat aktif di luar ruang kelas.

Namun, ada juga segelintir pelajar yang tidak berapa – hhm – talented dengan aktiviti sukan ini. Malangnya, mereka selalu akan dihalau oleh geng ‘All Stars’ ini semasa PJ. Pada waktu itu, muncullah sosok badan tegap lagi macho milik cikgu PJ. Dia hanya perlu berkata, “Main sama-sama, kalau tak aku halau semua sekali.”

Tuhan je tau perasaan sebak pelajar nerdy tadi. Thank you cikgu!

 

 

04

Cikgu ‘Tolong Senyap-Senyap’

Huh, tolong apa tu?!

Untuk pelajar sekolah kebangsaan biasa, mereka tidak begitu bertuah seperti pelajar sekolah berasrama elit yang selalu mengaggihkan soalan contoh sebelum tibanya musim peperiksaan.

Iyalah, bagaimana mereka ingin mendapatkan kertas soalan tersebut? Namun, akan ada cikgu yang mempunyai connection sehebat WiFi di Starbucks dan berjaya juga mendapatkan contoh kertas peperiksaan daripada sekolah berasrama elit untuk diberikan sebagai latihan kepada para pelajarnya.

Thank you cikgu, disebabkan usaha cikgu itulah, kami boleh berjaya!

 

* * * * *

 

Apa-apa pun, REMAJA ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para pengajar di Malaysia!

Tanpa kalian, siapalah kami?

 

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: