Juara Pencarian Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini mula mengorak langkahnya di dalam industri seni tanah air dengan cukup baik. Penampilan pertamanya sebagai pelakon menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’ yang ditayangkan di Astro Ria mula mencuri perhatian peminat-peminat drama tempatan.

Remaja berkesempatan mnecuri sedikit masa Alif yang semakin hari semakin padat jadual hariannya untuk ditemu bual. Dan seperti biasa panggilan telefon penulis disambut dengan penuh keceriaan.

Itulah Alif Muhaimin bakat muda yang cukup merendah diri, ceria dan kadangkala boleh tahan ‘masuk air’ juga telatah kelakarnya. Siapa sangka dalam tempoh tidak sampai setahun selepas bergelar juara Hero Remaja, dia kini bergelar sebagai pelakon.

Menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’, Alif memegang watak sebagai Hayuzi yang merupakan adik kepada pelakon utama iaitu Syafiq Kyle (Hazran). Drama yang kini memasuki minggu terakhirnya dengan durasi sebanyak 16 buah episod merupakan karya arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movie.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Alif Muhaimin Kongsi Pengalaman Kerja Ikut Ejen Di Korea Selatan.

Pengalaman pertama membintangi drama oleh Alif merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya.

IKLAN

“Sebelum mula penggabaran saya expect berlakon hanya perlu hafal skrip dan baca. Rupanya ia jauh berbeza dengan expectation saya. Lakonan bukanlah satu perkara semudah itu. Banyak perkara baru yang saya kena belajar. Contohnya bagaimana nak zahirkan emosi dan ekspresi wajah yang betul, keserasian dengan pelakon-pelakon lain dan paling penting kena sabar dengan proses penggambaran yang selalunya ambil masa lama,” jelas Alif yang kini bergelar sebagai pelakon di bawah syarikat Rocketfuel Entertaiment.

Pada minggu pertama di lokasi merupakan tempoh cukup mencabar baginya. Apa tidaknya kerana pada waktu itu juga dia berdepan dengan peperiksaan akhir semester di universiti. Dia yang kini masih belajar dalam jurusan Ijazah sarjanan Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA.

IKLAN
Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin Kongsi Pengalaman Membintangi Drama Pertamanya, ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’
Alif Muhaimin bersama salah seorang pelakon utama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’, Zahirah Macwilson

Selain itu, sebagai pelakon baru juga Alif juga disakat oleh krew-krew penggambaran. “Kadangkala saya disuruh untuk keluar membeli cendol. Kadang-kadang kena keluar pergi beli air. Tapi mengikut senior saya, Syafiq Kyle benda itu perkara normal untuk pelakon baru seperti saya. Walaupun rasa macam kena buli tapi sebenarnya itu adalah cara bagaimana mereka ingin melatih pelakon baru macam saya untuk lebih berdisiplin. Bila dah habis shooting saya memang jadi rapat dengan mereka,” tambah Alif lagi.

Peluang berlakon dengan Syafiq Kyle yang juga merupakan bekas peserta Hero Remaja digunakan sebaiknya oleh Alif. Menurutnya, Syafiq Kyle merupakan senior yang tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tips bagaimana untuk menjadi pelakon lebih baik. Dia juga sering memberikan galakan dan dorongan.

Penerimaan peminat drama ini terhadap Alif juga agak baik. Tetapi biasalah pasti akan ada kritikan sama ada yang membina atau tidak. Jelas Alif, ada juga peminat yang menghantar mesej menerusi direct message di Instagram dan memberikan komen tentang lakonannya. Dan ia merupakan satu interaksi yang sangat dihargai oleh Alif sendiri.

Remaja berasa cukup gembira dan bangga melihat Hero Remaja kami mula melebarkan sayapnya di dalam dunia seni lakonan. Semoga Alif akan terus berjaya di masa akan datang!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI