Bila dah meningkat dewasa, mesti ada hasrat nak beli rumah. Takkan la selamanya nak hidup menyewa. Betul tak?
Harga rumah sekarang pun bulan 50 atau 100 ribu je, paling-paling pun korang kena sedia dalam RM300,000. Nak harapkan duit sendiri tak berapa cukup, jadi untuk yang dah berkahwin tu ada la juga ikhtiar lain yang korang boleh buat.
Misalnya, berkongsi buat loan rumah bersama pasangan bagi meningkatkan peluang pinjaman diluluskan. Kalau tak pasti di mana nak buat perbandingan loan, boleh layari iMoney.my dan bandingkan tawaran pinjaman terbaik dan sesuai dengan korang.
Tapi sebenarnya, adakah cara ini betul atau sebaliknya? Tentu ada pros and cons kan?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh Mohd Kautharr tentang isu ini.
Apa-apa pun, pilihan tetap di tangan korang. Berbincanglah baik-baik dengan suami/isteri. Tapi bagi mereka yang belum kahwin tu, jangan dok gatai pulak pi kongsi nama untuk beli rumah. Kalau tak jadi kahwin, dah cerita lain pulak. Hiks!
”Bukan Semua Penghuni Flat Pengotor Pun” Ini Buktinya…
Selepas tular isu seorang remaja, S Sathiswaran ditemui mati akibat dihempap kerusi terbang dari langit, isu penghuni rumah flat yang dikatakan kurang menjaga kebersihan persekitaran hal ini mendapat perhatian paling serius dari penghuni rumah flat sendiri.
Buktinya, selepas kediaman flat mereka agak panas kerana insiden baling kerusi, penghuni dua blok 100 dan 102 di Flat PPR Sri Pantai telah mengadakan goyong royong membersihkan kediaman mereka.
Menurut Ketua Blok 100, AzamanMan, semalam mereka telah mengadakan gotong royong perdana membersihkan dua buah blok demi memastikan kebersihan flat ini berada di tahap paling tinggi.
“Sebagai penghuni di sini, kami semua memandang serius isu kebersihan. Lagi pun bukan semua tidak menjaganya, hanya segelintir tetapi saya sangat berterima kasih kepada penghuni blok yang sama-sama berganding bahu membersihkan persekitaran rumah.
“Semalam kami telah membersihkan setiap tingkat demi memastikan penduduk berada dalam keadaan selesa. Insiden yang menimpa mendiang remaja ini sebenarnya membuatkan semua pihak berbicara mengenainya. Jadi kami mengambil keputusan untuk membersihkan keseluruhan dua blok rumah flat ini,” katanya memaklumkan Pengerusi Penduduk Flat PPR Sri Pantau, Puan Tusiah Sino turut hadir. Hadir sama adalah Ketua Blok 102 yang diketuai oleh Mat Nor.
Jelas Azamanman lagi, dia mengharapkan menjaga kebersihan adalah keutamaan penduduk di rumah flat ini kerana mereka sendiri tidak mahu melihat adanya peristiwa berulang di flat berkenaan.
Lebih kurang dua minggu lalu, seorang remaja, S Sathiswaran maut ditimpa kerusi terbang dari tingkat 21 dan sehingga kini, menurut polis, suspek yang membaling kerusi berkenaan belum ditangkap.
SHINee Lakukan Kemunculan Pertama Sebagai Grup Selepas Kematian Jonghyun
Peminat cuba untuk tularkan #SHINeeIsFive
SMTOWN Live World Tour VI amat dinanti-nantikan oleh peminat muzik K Pop di Dubai setelah syarikat SM Entertainment mengumumkan senarai grup yang akan membuat persembahan di sana.
Kini, peminat tidak perlu menunggu lebih lama lagi apabila selebriti K Pop yang terlibat sudahpun dalam perjalanan ke Dubai. Lihat sajalah kepada akaun Instagram SM Town, satu demi satu foto ber-selfie dimuat naik oleh mereka tengah hari ini.
Kumpulan yang terlibat termasuklah Girl’s Generation, f(x), Super Junior, TVXQ, TraxX, EXO, Red Velvet, BoA, Kangta dan Henry.
Namun, apa yang mendapat perhatian di kalangan peminat adalah kemunculan berempat ahli kumpulan SHINee. Buat pertama kali selepas kematian ahli, Jonghyun pada bulan Disember tahun lalu akibat kes kemurungan, SHINee yang dianggotai oleh Onew, Taemin, Minho dan Key dilihat berjalan dan duduk bersama secara terang-terangan.
Walaupun sebelum ini, ada juga gambar berkumpulan yang diambil oleh jurugambar freelance, namun buat pertama kalinya, SHINee bergambar secara selfie dengan ekspresi muka yang lebih ceria dan tenang.
Bermula dari kawasan lapangan terbang, SHINee kemudiannya bergambar bersama ahli kumpulan yang lain di dalam kapal terbang kelas bisnes yang dinaiki kesemua penyanyi SM Entertainment tersebut.
SHINee crossing the road together seems like a professional models.pic.twitter.com/YNotPRd5D9
— °c (@onewthetofu) April 5, 2018
Off to DUBAI✈ #TVXQ! #SHINee _ #SMTOWN #SMTOWNLiveinDUBAI #SMTLDUBAI #SMmakesIT #MAKEsIT
A post shared by SM Entertainment Group (@smtown) on
Konsert SMTOWN Live World Tour VI di Dubai ini akan mengambil tempat di Dubai Autism Rocks pada 6 April ini selapa 4 jam lamanya! Ia berikutan jumlah penyanyi yang terlalu ramai yang akan membuat persembahan, 35 orang penyanyi kesemuanya.
Konsert SMTOWN sudahpun menjelajah ke beberapa bandaraya besar seluruh dunia bermula dari tahun 2008. Sebelum ini, SM Entertainment pernah berkunjung ke New York, Los Angelas, Paris, Tokyo, Beijing, Shanghai, Bangkok dan Singapura.
Pegang-Pegang Nak Bergurau Pun, Boleh Disabitkan Atas Kesalahan Cabul
Perbuatan yang dianggap suka-suka. Konon mahu bergurau jika tak disenangi, anda boleh didakwa atas tuduhan mencabul.
Tak kisah dia rakan sekerja. Kawan satu sekolah. Kawan baru kenal atau berlaku di tempat awam. Asal ada aduan, polis terus bertindak selepas laporan dibuat.
Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Awas ya, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.
Baca perkongsian dari ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.
Tak kira, lelaki sama lelaki. Perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan dibuat, anda boleh disiasat di bawah seksyen ini.
Menyedari ramai mangsa lebih suka mendiamkan diri, kata ASP Radhiah ia satu kerugian kerana suspek akan mencari mangsa lain seterusnya dan jenayah ini mungkin tidak terbendung.
Ditanya lokasi mana suspek selalunya aktif, katanya dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan sebagainya.
“Kalau kejadian berlaku di tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan datang terus ke balai polis.
“Jika berlaku di pejabat, datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat diselesaikan.
“Pihak polis tiada spesifik tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan berharap masyarakat menyedari hak mereka.
Ramai remaja sekolah tak sedar hal ini
Sepanjang mengendalikan kes di Unit D11 ini, rakan sekerjanya, Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan menepuk bahu, menyentuh payudara, meramas punggung dan memeluk dari belakang itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.
“Semua dianggap gurauan. Tapi jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,’ katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumi kebanyak suspek kes ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Ada dua kemungkinan. Sama ada mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi “muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi perbuatan ini adalah satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.
Ditanya dalam konteks remaja bercinta di mana sering kali berlaku sentuhan satu sama lain, perbuatan ini boleh dijurus kepada cabul jika salah seorang pasangan tidak menyukainya dan ada membuat aduan kepada pihak polis.
“Tak kisah mereka pasangan kekasih, kalau memang pada masa kejadian seperti dilaporkan, kita tetap akan siasat. Kalau terbukti, kita akan bawa suspek ke muka pengadilan.
“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja untuk memahami hak.