Hari ini kebanyakan media sosial memberikan “tabik” kepada seorang polis bantuan, Zaidi Salleh kerana keberaniannya  menyelamatkan seorang gadis Melayu yang terjun dari Jambatan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang.

Ramai menangkatnya sebagai hero malah tidak kurang netizen memberikan maklum balas negetif terhadap tindakan gadis tersebut. Mungkin kita tidak ditempatnya, tidak memahami apa difikirannya malah ada yang bertindak menyebarkan gambar kad pengenalan gadis berkenaan yang memungkinkan dirinya jauh lebih tertekan selepas kejadian ini.

Dalam kita memberikan pandangan, baca penjelasan dari doktor Syahr ini mengenai depresi yang merupakan penyakit yang perlu diubati seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Jangan terus memberikan tekanan dengan menulis kerana apabila seseorang itu mengalami depresi @ tekanan, fikirannya memang tidak boleh berfikir dengan mendalam. Semoga penjelasan doktor ini memberi pencerahan kepada orang ramai bagaimana sebenarnya kita sebagai masyarakat boleh menyelamatkan lebih ramai nyawa manusia yang cuba membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan dialami.

Baca tulisannya di fb miliknya

Semalam, 18 April 2018, ada satu kisah yang sangat-sangat besar maknanya kepada kita?

Kisah apa? Kisah yang berlaku di Kilometer 9.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang.

Seorang wanita Melayu beragama Islam berusia 28 tahun terjun dari jambatan ke laut sebab nak BUNUH DIRI, diselamatkan oleh seorang lelaki berusia 52 tahun yang sanggup menggadai nyawa terjun hampir 20 meter.

Pertama, kita betul-betul respek pada kesanggupan, pengorbanan dan …. (saya tak tahu nak tulis perkataan apa nak menggambarkan penghargaan saya kepada lelaki ini) yang telah terjun 20 meter ke dalam AIR LAUT (bukan air kolam renang) untuk menyelamatkan wanita tersebut.

IKLAN
“Jangan Tuduh Orang Nak Bunuh Diri Tu Tak Beriman…”, Doktor Beritahu DEPRESI  Sejenis Penyakit Yang Perlu…
Kisahnya menyelamatkan seorang gadis semalam memaparkan keberaniannya demi membantu orang lain dalam kesusahan

Lelaki tersebut, seorang polis bantuan, bernama Zaidi Salleh, berusia 52 tahun, saya tabik spring pada Tuan. Super duper well-trained, well-needed dan kita perlukan lebih ramai orang seperti Tuan. Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan itu dan apa perasaan Tuan sehingga sanggup terjun. Tak terbayangkan selflessness seorang lelaki….. #Respek#AbangPolisBantuan.

Kedua, SANGAT-SANGAT PENTING untuk kita cuba bantu sesiapa sahaja orang sekeliling kita yang ada tanda-tanda stress yang berpanjangan, depression dan menunjukkan tanda-tanda suicidal thoughts.

  1. Beritahu diri tak berguna… Membenci diri sendiri.
    2. Kongsi rasa putus asa dengan kehidupan, rasa tiada masa depan… Atau tak berharap apa-apa untuk masa depan, tak merancang…
    3. Seseorang yang biasa bergaul tiba-tiba mengasingkan diri… Mengurung diri.
    4. Emosi tak stabil, kejap OK, kejap marah, secara tiba-tiba…
    5. Simpan benda-benda tajam, dalam beg tangan contohnya… Atau mencari benda-benda tajam untuk pegang, bawa masuk benda tajam ke bilik, seumpamanya.
    6. Bercerita tentang dia rasa diri dia membebankan ibunya, bapanya, keluarganya…
    7. Selalu bercakap tentang kematian (secara negatif), menulis puisi kematian, menulis surat wasiat tanpa kesedaran…
    8. Bahagia atau rileks secara mendadak, ini tanda depresi juga.
    9. Berkata tentang tak mahu hidup lagi…
    10. Pernah buat sesuatu untuk bunuh diri.
    11. Salahguna alkohol, dadah dan seumpamanya.
    12. Terperangkap dalam masalah kehidupan – seperti mangsa dera, kesempitan wang, dan seumpamanya, yang tampak lesu tanpa semangat nak meneruskan kehidupan.
    13. Boleh jadi, secara tiba-tiba memberikan barang-barang kepunyaan kepada orang lain, mengosongkan rumah, mengucapkan selamat tinggal tanpa sebab munasabah…
    14. Dan pelbagai lagi.

Bunuh diri biasanya tidak terjadi serta-merta. 70% orang yang melakukan bunuh diri akan menunjukkan pelbagai tanda kepada teman atau keluarganya sebelum melakukannya.

“Jangan Tuduh Orang Nak Bunuh Diri Tu Tak Beriman…”, Doktor Beritahu DEPRESI  Sejenis Penyakit Yang Perlu…

KITA perlu peka.

Bawalah rakan atau saudara kita yang sebegini untuk berjumpa doktor di klinik psikiatri, bukan kerana dia gila tetapi supaya kita boleh bantu dia. Di Hospital USM Kubang Kerian ada walk-in center dinamakan MENTARI, boleh sembang-sembang dengan para doktor untuk bercerita masalah kehidupan sambil-sambil isi survey untuk tahu tahap stress dan sebagainya – pusat ini sangat interaktif, bukan untuk pesakit psikiatri, bahkan orang normal pun boleh datang. Pelajar atau mahasiswa-mahasiswi yang rasa stress belajar pun boleh datang.

IKLAN

KITA sebagai rakan atau orang terdekat perlu PEKA, alert dan sensitif. Sebab orang yang menunjukkan tanda-tanda sebegini takkan bawa dirinya sendiri berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan dan bantuan. KITA yang perlu ambil inisiatif. Orang sebegini, jangan kita sisihkan atau anggap biasa…

Kes-kes bunuh diri makin meningkat. Jangan kita kata mereka ini tak beriman, sebab depresi adalah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, yang perlu dirawat. Bukan bermaksud baca al-Qur’an satu juzuk dalam masa 1 hari terus dapat hilangkan penyakit nak bunuh diri ini. It is more than that.

Jika ada sesiapa sedang merasai depresi dan terasa diri menunjukkan tanda-tanda suicidal thought yang membaca tulisan saya ini, tolonglah pergi dapatkan bantuan.

Jika ada sesiapa yang rasa kawan-kawan atau orang terdekat menunjukkan tanda-tanda suicidal thought yang membaca tulisan saya ini, tolonglah usaha supaya kita boleh bawa dia/mereka mendapatkan rawatan.

SECEPAT MUNGKIN.

IKLAN

Tak semua orang yang nak bunuh diri ada orang boleh selamatkan, pak cik yang sanggup terjun 20 meter nak selamatkan si wanita/lelaki terjun nak bunuh diri tak selalunya ada…

Silakan #SHARE, diizinkan 100%. Kita sebar-sebarkan kesedaran tentang #MentalHealth #MentalAwareness #SuicidalThought #Depression#DepressionIsReal.

Selepas diselamatkan, dalam video viral tersebut, dapat dengar si wanita tersebut berkata “Tak nak balik….” dan lelaki tersebut memujuk, “Besar mana pun masalah, Allah ada..”

“Jangan Tuduh Orang Nak Bunuh Diri Tu Tak Beriman…”, Doktor Beritahu DEPRESI  Sejenis Penyakit Yang Perlu…
Keberaniannya sangat dipuji

Depression sehingga ke peringkat suicidal thoughts nak bunuh diri boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuk seseorang yang nampak soleh/ah, tak tinggal solat, selalu tersenyum dan ceria orangnya.

Apa pun keadaannya, bunuh diri TIDAK PERNAH menjadi penyelesai kepada apa-apa masalah, isu, penyakit dan sebagainya, dalam kehidupan ini. Not worth it. Committing suicide is never an answer to anything.

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
19/04/2018

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI