Tinggal kurang lagi sebulan Pilihan Raya Umum (PRU14) akan diadakan. Kalau korang perasan, jalan raya pun dah penuh dengan bendera parti masing-masing.

Ramai yang tak sabar dan ada juga yang teruja kerana baru pertama kali nak mengundi. Namun begitu, jangan suka-suka sangat ye gaiss. Ada perkara yang perlu korang tahu, sekiranya melalukan perbuatan terbuat korang boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan denda.

Apa yang tak boleh buat tu?

1. Menerima makanan dan minuman daripada orang yang tidak dikenali

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Korang Tak Nak Kena Denda

Kalau ada yang menawarkan makanan, minuman atau apa saja sebelum, semasa atau selepas proses pengundian, korang dinasihatkan untuk tidak menerima sebarang tawaran ni.

Terutamanya bila orang tu memberitahu ini adalah sebagai tanda terima kasih kerana mengundi. Sekiranya berlaku seperti situasi ini, pi jauh-jauh daripada mereka.

Sebab apa?

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 telah menegaskan bahawa penerimaan rasuah ini sebagai sebahagian daripada perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Korang boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun, denda di antara RM1,000 dan RM5,000 dan digantung untuk mengundi selama 5 tahun.

Ingat, panas macam mana pun nanti beli air sendiri je kay? Hiks!

IKLAN

2. Membawa kertas undi keluar dari stesen mengundi

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Korang Tak Nak Kena Denda

Dalam keadaan apa sekali pun, korang tidak boleh membawa kertas undi keluar dari stesen mengundi. Tidak kiralah sama ada kertas undi tersebut tidak digunakan, kosong at atau berlebihan.

Jika disebabkan oleh kesilapan petugas, kembalikan semula kertas undi yang berlebihan itu tadi dan bukannya membawa keluar dari stesen.

Sebelum keluar, make sure tak ada sebarang kertas yang mencurigakan di tangan dan poket baju/ seluar korang.

Kalau tak nanti, tak pasal-pasal korang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan digantung untuk mengundi selama 5 tahun.

3. Menunggu atau melepak di sekitar pusat pengundian selepas membuang undi

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Korang Tak Nak Kena Denda

IKLAN

Lepas dah mengundi tu lebih baik korang terus balik, dah tak perlu la nak melepak-lepak lagi. Menunggu dalam jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi dianggap sebagai kesalahan pilihan raya seperti yang dijelaskan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:

a. Dalam jarak 50 meter daripada had mana-mana stesen mengundi

b. Tunggu atau melepak, kecuali ketika menunggu giliran untuk masuk ke stesen mengundi

Sekiranya korang melakukan kesalahan-kesalahan ini, hukuman yang bakal diterima adalah penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

4. Pakai pakaian yang mempunyai logo parti

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Korang Tak Nak Kena Denda

Pada hari pilihan raya nanti, korang tidak dibenarkan memakai sebarang pakaian yang mempunyai nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

IKLAN

Ini termasuk dalam Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di mana tidak ada seorang pun boleh berbuat demikian pada hari mengundi:

a. Dalam jarak 50 meter dari had mana-mana stesen pengundian, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, penutup kepala, perhiasan, botol air atau payung yang mempunyai nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Paling selamat, pakai je pakaian biasa yang tak ada kena mengena dengan pilihan raya. Kalau degil juga, korang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

5. Majikan tak beri masa yang cukup untuk pekerja pergi mengundi

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Pada Hari PRU Kalau Korang Tak Nak Kena Denda

Setiap majikan mesti memberi kebenaran untuk pekerja keluar mengundi jika tidak diberi cuti. Majikan juga tidak boleh potong gaji korang sesuka hati dengan alasan, tiada pada waktu kerja.

Majikan yang berbuat demikian bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000

Ha, nanti jangan ada yang berani nak buat macam-macam okay? Selamat mengundi!

Sumber: Ask Legal

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI