Berita baik buat semua peminjam PTPTN yang dah dikenakan CCRIS dan blacklist untuk keluar negara, pihak pengurusan PTPTN telah pun memberikan kemudahan kepada 45,866 orang pelajar dalam membersihkan rekod kredit mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata hal ini dapat membantu para pelajar yang mempunyai dua pinjaman PTPTN yang berasingan untuk pengajian diploma dan ijazah sebelum berkuat kuasa 6 April 2016.
Beliau berkata seramai 32,213 pelajar yang memohon pinjaman kedua mereka selepas 6 April 2016 sudah pun menikmati peraturan baru ini.
Gambar hiasan
Dalam erti kata lain, pinjaman diploma akan digabungkan bersama pinjaman ijazah, jadi tiada lagi CCRIS dan ini bermakna tidak ada halangan lagi buat pelajar ijazah yang sedang melanjutkan pelajaran untuk ke luar negara.
Menurut info laman Facebook Backpackmurah yang diambil daripada sumber twitter, semua peminjam diploma atau ijazah yang masih belajar akan diclearkan nama daripada CCRIS dan juga blacklist keluar negara bermula 15 Ogos 2017.
Namun begitu, pembayaran balik pinjaman diploma dan ijazah ini akan di sekalikan dan perlu dibayar semula selepas enam bulan tamat pengajian.
Jadi lepas ni dah tak ada la isu pelajar yang masih belajar perlu membuat bayaran pinjaman dan mendapat tunggakan yang tinggi.
Nak ke luar negara pun dah tak risau lagi kan? Tapi make sure lepas habis study jangan lupa bayar PTPTN ok? Barulah berkat ilmu tu nanti. Hehe
Sumber: NST & Facebook Backpackmurah
Golongan Agama, Cendiakawan & Mufti Wilayah Tulis Surat Terbuka Untuk Hajah Neelofa, Apa Isinya…
Hari ini, boleh dikatakan topik perbincangan utama rakyat Malaysia adalah mengenai artis terkenal Neelofa a.k.a Hajjah Neelofa. Mungkin wang BRIM yang mulai masuk semalam ke akaun 7.2 juta penerimanya tidak sehebat penangan The Zouk semalam.
Tidak hanya laman twitter, facebook tetapi bualan di kedai kopi turut menyentuh tentang starategi kempennya yang dilihat berjaya dan menjadi buah mulut masyarakat untuk berbual.
Tidah salah dengan tudung. Tidak salah menutup aurat. Tidak salah dengan strategi marketing, tidak salah dengan bayaran lapan kali ganda seperti dinyatakannya. Ya, tak salah pun ke kelab malam kerana itu pilihan masing-masing. Tempat itu sentiasa penuh dengan manusia terkinja-kinja.
Bila ramai menyerbu masuk khususnya yang bertudung, ada pengguna di laman fecebook bertanya, bolehkah orang bertudung memasuki kelab malam. Sekaligus menimbulkan pertanyaan dan polemik agama mengenainya.
Bacalah surat terbuka yang ditulis oleh Dr Syahr Musafir. Tidak hanya dirinya, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (BACA SINI) turut menulis mengenai isu ini. Tentu ada yang begitu menarik golongan agamawan mengenai isu ini sehinggakan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menulis sesuatu mengenainya.
Pesanan untuk Neelofa dari Ustaz MK Azman
Pelancaran tudung di Kelab Malam??
Hukum asal harus jika tidak mengundang fitnah. Tapi bila buat di Kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama.
Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat. Saya ambil kerja Tuhan??. Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ni!.
“Kena berlembut jangan berkasar”.. Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya?, rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!.
“Ajak jangan hukum”. Maaf, saya tak menghukum. Saya MEMBERITAHU hukum dari Yang Maha Menghukum.
“Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum”. Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum maka ia menjadi kesalahan umum.
“Mungkin dia nak dakwah” Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi!.
“Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik”. Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik”.
“Jangan boikot!. Macamana Melayu nak maju?”. Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat. Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.
Nak kata apa lagi??. Katalah!. Selagi mampu kata. Esok di akhirat mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka. (Surah Yasin). Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan apalah sangat kata-kata orang.
Ya Allah.. sesungguhnya aku telah menyampaikan.
INI SURAT TERBUKA BUAT SELURUH MASYARAKAT, BUKAN ‘SEBARKAN AIB’ HAJJAH NEELOFA yang ditulis oleh Dr Syahr
Heboh 1 dunia apabila Neelofa melancarkan rekaan tudung terbaru di sebuah kelab malam disko terkemuka negara yang bernama The Zouk – tak perlu tahu nama rekaan tudung, tak perlu tahu harga dan sebagainya, ini bukan promosi tudung Nealofar Hijab, ini bukan iklan bisnes dan ini juga bukan tulisan nak menjatuhkan bisnes sesiapa. Ini bukan tulisan mengecam secara negatif, ini adalah tulisan nasihat ikhlas daripada seorang manusia beragama Islam yang ditulis atas dasar tanggungjawab.
Saya pernah sebut pemakaian turban sebagai tudung bukan dipakai oleh penyanyi Yuna sahaja, sebab akan menjadi trend dan terbukti apabila Neelofa turut pakai dan sekarang dijenamakan pula sebagai fesyen terbaru. Inilah yang saya takutkan dan saya pernah ulas sebelum ini.
Tudung bertujuan untuk tutup aurat, bukan untuk bungkus rambut dan mendedahkan leher dan dada wanita. Boleh baca segala macam penerangan tentang ini.
KENAPA ADAKAN PELANCARAN TUDUNG DI KELAB MALAM DAN JOGET-JOGET BAGAI? TAK PAYAH TANYA NEELOFA, MARI SINI DENGAR SAYA TOLONG JAWAB
1) Ini adalah trend, stail dan cara artis dan ahli perniagaan selebriti zaman sekarang.
“Kena ikut trend-lah, beb. Mana boleh buat pelancaran di butik atau hotel, itu trend lama. Trend sekarang adalah di kelab malam sebab anak-anak muda kan suka lepak di kelab malam. Barulah trendy dan funky.
Cuba kau tengok bisnes-bisnes lain buat video guna elemen seksual jual produk kecantikan dan kesihatan, kita buat bisnes tudung tak boleh buat sebegitu, kita guna elemen fun, happy-happy, semua ni tak boleh dicapai kalau lancarkan produk tudung di masjid, tetapi boleh capai kalau lancarkan di kelab malam. Pakai tudung dan pakai baju ketat-ketat untuk menari dan berjoget ghairah, barulah RARE!”
2) Kuasa viral sebagai publisiti dan promosi percuma
“Tak apa je pakai tudung berjoget ghairah tu, barulah rare dan mudah viral. Sekarang ini zaman media sosial, kita kena buat sesuatu supaya mudah viral. Kalau I pakai tudung buat video tutorial, benda biasa tu, beb. Orang malas dah nak tengok. Orang nak tengok pakai tudung camne yang sesuai menari di kelab malam, barulah syiok!
Beb, you jangan tanya I pasal takut dikecam. Kalau you nak tahu, semakin banyak dikecam, semakin viral bisnes tudung kita dan semakin mudah promosi tudung kita sampai kepada masyarakat. Mudah kerja kita. Orang kenal, orang belilah. Ibu beli untuk anak-anak gadis, suami beli untuk isteri. Macam tu, mudah. Lagi dikecam, lagi viral, kita jimat duit untuk marketing.”
3) Hajjah Neelofa nak berdakwah kepada kaki kelab malam
“Sejak I berhijrah pakai tudung, rezeki I bertambah-tambah. Allah murahkan rezeki I. Ramai orang pakai tudung jenama I sekarang ni. Tapi I tengok, ramai wanita yang pergi kelab malam, mereka semua tak bertudung. Jadi I nak berdakwah kepada mereka, beb. Biar mereka semua pakai tudung bila nak pergi kelab malam nanti. Sebab I tak nak mereka berhenti pergi kelab malam, I nak suruh mereka beli tudung I je. Bila mereka ingat nak pergi kelab malam macam The Zouk, mereka ingat kena beli tudung I, kena pakai, then go! Dakwah ni, guys. Dakwah ni, beb. I pun dapat duit.”
KESIMPULAN
Saya menyeru KITA SEMUA hentikanlah kongsi (share) benda-benda sebegini. Percayalah, mereka ini sedang mencari pbulisiti murahan dengan ‘kuasa viral’ di media sosial. Apabila mereka buat hal, kita share, share, share, video bertambah views, mereka dapat promosi secara percuma dan senang kerja marketing mereka. Jadi, KITA KENA STOP.
Saya menyeru IBU NEELOFA, tolonglah nasihatkan anak Puan supaya berhenti buat-buat perkara sebegini. Saya tak faham kenapa Puan boleh hadir ke kelab malam tersebut dan tersenyum, sedangkan Puan bertudung, berumur dan sudah pasti tahu kelab malam adalah sarang maksiat. Puan nasihatkanlah anak Puan secara baik. Jika sudah nasihat cara baik tak menjadi dan tak berkesan, nasihatilah dengan tegas pula. Ibu ada hak untuk marah, tengking dan pukul si anak apabila perlu. Jangan takut pada anak, takutlah pada Allah.
Saya menyeru NEELOFA supaya betulkan cara fikir. Betul, kita tak perlu peduli apa kata orang. TAPI kita kena peduli apa kata Allah SWT. Dulu you sendiri menangis bercerita bagaimana Allah menegur you melalui ayat al-Qur’an supaya you berubah, berhijrah, pakai tudung dan menutup aurat. You tak ingat ke? Berjuta-juta orang gembira dan mendoakan kebaikan apabila you bertaubat. Kenapa sekarang you bertudung tetapi menyeleweng dengan mengajak orang buat maksiat? AGAMA UNTUK DIPEGANG, BUKAN UNTUK DITUNGGANG.
Boleh ke kalau saya nak menyeru kita BOIKOT Nealofar Hijab? Jom kita beramai-ramai boikot supaya syarikat Neelofa ini SEDAR DIRI bahawa kuasa viral mengkritik pelancaran tudung di kelab malam diiringi tarian seksi mengghairahkan ini adalah perbuatan terkutuk dan membawa kesan negatif kepada semua orang, termasuk mereka sekali. Bukan promosi mudah mendapatkan duit. Boleh kita sama-sama boikot?
Nanti Neelofa minta maaflah tu? Tak payah percayalah, semua ini drama. Drama, drama, drama, nak popularkan diri dan nak melariskan produk jualannya. Janganlah kita jadi apologetik dan terpedaya, kita sudah banyak kali diperbodohkan. Kali ini KITA KENA BIJAK dan biarlah mereka pula rasa DIRI MEREKA BODOH.
Jangan pula esok lusa keluar berita pelancaran tudung ke kelab malam ada hidangan air arak sudahlah, na’uzubillah min zalik. Mintak jauh.
Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
27/02/2018
#NealofarHijab #Neelofa #BeLofa #TheZouk #NightClub #Hijab #FattahAmin #Fazura #Boikot #BoikotNealofarHijab #PenunggangAgama
Tambahan: Ini bukan post nak kutuk seorang manusia bernama Neelofa. Kalau nak attack personal, saya boleh senaraikan kes dia promosikan supplement untuk bayi, kes peluk Zul Ariffin dan sebagainya awal-awal lagi. FULL STOP.
Ini tulisannya di laman FBnya:
Lagi Pusat Beli Belah Ditutup! Staff Gamuda Walk Shopping Centre Dikesan Positif Covid-19
Virus COVID-19 telah berada dalam komuniti masyarakat. Ramai yang tidak sedar mereka mungkin antara individu yang telah positif kerana tidak peka kepada symptom awal virus ini.
Antara tanda awal korang sudah dijangkiti ialah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sesak nafas. Biasanya bagi yang sudah teruk, komplikasi yang akan berlaku ialah akan berlaku jangkitan pada paru-paru, kegagalan buah pinggang, penyakit pernafasan AKUT teruk dan seterusnya kematian.
Jika ada tanda-tanda awal, segeralah bertemu doktor agar wabak ini tidak berjangkit dalam komuniti. Namun kerana kurangnya kepekaan kita, ia boleh mengubah seluruh kehidupan masyarakat.
Baca sini : Doktor Kongsi Jika Ada 6 Tanda Serius Ini, Tandanya Korang Dah Dijangkiti COVID-19
Terkini, pusat beli belah Gamuda Walk di Kota Kemuning, Shah Alam ditutup tiga hari selepas seorang pekerja di pusat membeli belah itu disahkan positif COVID-19. Bahkan pekerja di pusat beli belah berkenaan mulai menjalani ujian swab bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.
Dalam satu edaran media dari pusat beli belah berkenaan, pusat pengurusan Gamuda Walk Shopping Centre ditutup mulai 24-26 November bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di seluruh bangunan shopping mall berkenaan.
Pusat beli belah ini dimiliki oleh Gamuda Land Sdn Bhd, pemaju hartanah terkemuka bagi memenuhi keperluan penduduk Kota Kemuning di kawasan berkenaan. Ia menawarkan kedai makanan dan minuman, pusat kecantikan dan kesihatan, hiburan, pasar raya serta perkhidmatan lain.
Apa pun sila ikut SOP, sentiasa gunakan pelitup muka, cuci tangan dan jaga jarak kerana kita tidak tahu siapa telah dijangkiti. Ini kerana kita tahu pusat beli belah masih menjadi tumpuan utama masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Sumber / Gambar : FB Gamuda Walk
Mulai Hari Ini Dah Tak Boleh Rentas Negeri, Permit Dari Balai Pun Tak Boleh Mohon
Sikap ingkar pada arahan agar tidak boleh rentas negeri namun ramai melakukannya dengan pelbagai alasan akhirnya membawa kepada ketegasan dari pihak kerajaan.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , kerajaan sudah bersetuju tidak membuka peluang lagi untuk perjalanan rentas negeri.
Yeay, inilah padahnya bila ramai yang curi-curi balik dan beri bermacam-macam alasan asal dapat balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri hinggakan lebuhraya menuju ke utara alami kesesakan mulai pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, kerajaan tidak benarkan lagi perjalanan rentas negeri dan orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan.
"Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikompaun.
"Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri.
"Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri," katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, sebanyak 2,412 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.
Katanya, minat orang ramai untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri masih tidak berubah.
"Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian.
"Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri.
"Kita sudah putuskan tiada lagi rentas negeri dan polis tidak akan memberi kebenaran lagi…tak payah lagi beratur panjang-panjang," katanya.