Foto: Kuwait Times

Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mempertingkatkan ibadah di bulan Ramadan. Selain bertarawih dan bersedekah, amalan membaca al-Quran juga dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini.

Dah jadi trend zaman sekarang, semuanya di hujung jari saja. Al-Quran fizikal dah jarang-jarang digunakan. Nak cepat dan mudah, ramai yang mengambil inisiatif untuk membaca al-Quran pada aplikasi telefon bimbit.

Hukum Baca Al-Quran Di Handphone Tanpa Wuduk, Boleh Ke Tidak?
Foto: thenoor.co

Jika kita sudah menghafal Quran, orang yang berhadas kecil masih boleh membaca Quran tanpa menyentuh mushaf. Hal ini seperti yang diriwayatkan dari Ali R.A:

“Rasulullah SAW masuk ke kamar kecil lalu menyelesaikan hajatnya. Kemudian beliau keluar dan makan roti dan daging bersama kami, beliau juga membaca Al-Quran. Tidak ada yang menghalanginya SAW –boleh jadi berkata: tidak menghalanginya-dari membaca Al-Quran kecuali junub.” (HR. Ibnu Majah).

Hukum Baca Al-Quran Di Handphone Tanpa Wuduk, Boleh Ke Tidak?
Foto: MATAQ Darul Ulum

Sementara itu, jika membaca Quran sambil menyentuh mushaf, para ulama berbeza pendapat. Ada yang membolehkannya, ada juga yang mensyaratkan harus bebas daripada hadis besar atau kecil.

Selain itu terdapat hadis Nabi SAW, “Tidak boleh menyentuh Al-Quran kecuali orang yang suci.” Namun para sahabat Nabi memberikan fatwa demikian sebagai penghormatan terhadap Al-Quran dan bukti bahawa al-Quran adalah kalamullah.

IKLAN

Persoalannya, adakah perlu kita mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum membaca?

Menurut Islam Itu Indah, handphone atau tablet yang mengandungi aplikasi al-Quran tidak seperti hukum mushaf kerana huruf al-Quran yang terdapat di aplikasi handphone berbeza dengan yang tertulis di mushaf.

Maka, sifat yang dibacanya tidak ada, yang ada hanya sifat gelombang yang terdiri daripada huruf dengan visual yang akan muncul ketika diakses dan akan hilang bila kita menutup semula aplikasi tersebut.

IKLAN

 

Pendapat yang paling kuat adalah dibolehkan menyentuh handphone atau kaset yang di dalamnya ada rakaman dan dibolehkan membaca Quran daripadanya tanpa perlu berwuduk.

Cara ini bagi memudahkan wanita haid untuk membaca al-Quran dan bagi mereka yang tidak membawa mushaf bersama-sama.

IKLAN

Dengan adanya teknologi canggih seperti sekarang ini, kita sekarang dapat membaca al-Quran di mana saja. Jadi tidak perlu risau soal ada wuduk atau pun tidak.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI