Pagi ini sidang Parlimen “dipanaskan” dengan pertanyaan BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang bertanyakan sama ada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertindak tegas terhadap golongan LGBT dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ternyata, di sebalik media sosial yang mempersoalkan, dimomokkan dengan golongan ini ternyata jawapan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenainya boleh dijadikan panduan.

Jelas Datuk Muhajid Rawa, undang-undang negara ini tidak membenarkan komuniti lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) mengamalkan gaya hidup mereka.

Gaya Hidup Songsang LGBT Dilarang Di Malaysia, Menteri Jawab Isu Ini Di Parlimen
Malaysia melarang gaya hidup songsang LGBT. Gambar kredit Malaysiakini

 

IKLAN
Gaya Hidup Songsang LGBT Dilarang Di Malaysia, Menteri Jawab Isu Ini Di Parlimen
Safiey dan Sajat antara dua usahawan di media sosial yang sering tampil hangat sehingga menjadi bualan netizen khususnya mengenai jantina mereka.

Perkara itu termaktub dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28, Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

“Pada masa sama, atas asas perlembagaan persekutuan, hak asasi manusia dan warganegara sentiasa dipelihara berdasarkan asas dan acuan Malaysia yang meletakkan Islam agama Persekutuan, dalam kata lain, golongan ini tidak boleh ditindas di tempat kerja, dianiaya dan dizalimi.

IKLAN

“Kita ada statistik 80 peratus golongan mak nyah terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi golongan ini di tempat kerja, mereka akan terus berada dalam industri tersebut, sedangkan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada industri tersebut,” katanya.

IKLAN

Beliau yang bertanggungjawap terjadap portfolio hal ehwal agama berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).

Sumber :Malaysiakini

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI