Kita dah sering dengar tentang kemalangan yang berpunca daripada swafoto atau selfie, sehinggakan ada yang sampai menemui ajal. Lain sedikit ceritanya di Los Angeles, seorang wanita yang sedang berselfie telah menyebabkan kerosakan bernilai lebih RM800,000 (US $200,000) di sebuah galeri seni.

Kejadian ini dilaporkan berlaku ketika pameran seorang artis terkemuka, Simon Birch, di The 14th Factory.

Melalui rakaman CCTV, seorang wanita dilihat cuba mencangkung di hadapan salah sebuah tiang yang mempamerkan hasil seni untuk mengambil gambar. Malangnya, tiang itu tumbang dan menyebabkan tiang-tiang lain dalam barisan turut mengalami nasib yang sama.

IKLAN

Seorang YouTuber yang mendakwa sebagai kawan kepada artis tersebut telah memuat naik klip rakaman CCTV kejadian itu. Pada bahagian deskripsi, dia menulis, “Kejadian ini berlaku di pameran seni kawan saya, Simon Birch di The 14th Factory di Los Angeles apabila seorang wanita cuba untuk mencangkung dan pose di hadapan sebuah tiang yang mempamerkan sebuah arca untuk mengambil gambar. Secara tak sengaja, dia telah bersandar pada tiang itu dan seterusnya adalah sejarah… Hasil seni bernilai $200,000 musnah!”

 

IKLAN

 

IKLAN

Menurut Design Milk, pameran seni tersebut mengambil masa enam tahun untuk disipakan. Setakat ini, tiada laporan sama ada pihak penganjur pameran mengambil apa-apa tindakan terhadap wanita tersebut.

Jadi guys, nak selfie tu silalah berpada-pada. Kalau rosakkan barang peribadi, bolehlah nak ralat sendiri. Tapi kalau nak kena ganti beratus ribu, mamang menangis tak berlagulah dik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI