Si chubby, si montel, si tembam… sebutlah apa sahaja gelaran, namun mereka tetap cantik dengan pembawaan diri masing-masing. Bagi yang bersaiz besar, jika kena dengan gaya kamu juga boleh tampil lebih cantik daripada gadis bersaiz biasa.

 

Di sini REMAJA ingin kongsikan beberapa tip dan rahsia warna yang sesuai untuk tubuh badan kamu. Jadi, jangan buang masa.. ayuh ikuti penulis!

 

 

 

★ TRIK & TIP !

 

1)    Pakai pakian yang muat-muat dengan badan. Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longer. Kerana baju yang ketat akan menampakan kelemahan kamu, manakala baju yang besar pula menampakkan kamu lebih besar berbanding saiz yang sebenar.

2)    Jangan dan elakan memakai pakaian yang mempunyai kualiti kain yang merengang. Ia akan dilihat seolah-olah melekat di badan kamu dan bakal mempamerkan segala isi yang tidak mahu dilihat. Carilah fabric yang lembut seperti kapas, sifon mahupun linen.

3)    Bagi yang berkeyakinan, pakailah kasut tumit tinggi. ia membantu kamu untuk kelihatan lebih tinggi sekaligus nampak lebih langsing.

4)    Jika kamu sukakan warna-warna yang terang, gunakan ia pada aksesori seperti tali pinggang, kasut, beg topi, warna lipstick, warna cat kuku ataupun aksesori perhiasan. Warna terang ini boleh memberikan tumpuan pada mata yang memandang kamu.

5)    Jaga postur badan kamu agar tidak bongkok. Cuba berdiri tegak di hadapan cermin dalam posisi mendada, kamu akan lihat diri kamu lebih tinggi berbanding biasa. Jika berjalan, postur badan perlulah tegak dan jalanlah dengan penuh yakin.

6)    Pakai baju berbelang vertical untuk menampakan tubuh lebih langsing  dan ilusi lebih panjang. Jika bercorak pula, pilih daripada motif flora kecil yang comel.

7)    Jangan pakai pakaian yang mempunyai dua tona warna yang amat berbeza kerana ia akan menampakan tubuh kamu seperti terbelah hingga memberikan ilusi pendek dan gemuk yang berganda.

8)     Elakan daripada memakai seluar ataupun skirt yang bewarna cerah kerana ia akan membuatkan bahagian bawah kamu kelihatan besar. Nanti, badan kamu akan kelihatan tidak seimbang.

9)    Jangan pakai pakaian yang berlapis-lapis. Cukuplah sekadar blaus yang cantik dan seluar denim. Yang sesuai dengan bentuk badan kamu. jika kamu mahu mengenakan kardigan apa kata pakai material kain yang ringan dan tidak terlalu ketat.

10)  Pakailah sesuatu mengikut usia kamu. Jangan pakai pakaian yang bercorak agak ‘berusia’  ataupun terlalu ‘muda’. Cita rasa amat penting dalam pemilihan dan jika kamu tidak yakin, apa kata ajaklah teman kamu teman sekali!

 

 

 

 

★ 7 WARNA SI GEMPAL HARUS CUBA!

 

1-      HIJAU TERANG

Jangan takut untuk memilih warna hijau. Ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

 

2-      UNGU LEMBUT

Terpukau dengan warna yang lembut ? begitu jugalah orang yang memandang akan terpukau dengan kamu. warnany sesuai dipadankan dengan celana berwarna coklat.

 

3-      PUTIH

Sesuci warnanya, adakala putih memberikan ilusi lebih besar namun jika potongan baju sesuai dengan potongan badan kamu, kamu pasti nampak cukup langsing dan bergaya.

 

4-      BIRU ELEKTRIK

Ini adalah warna terang yang cukup sesuai buat si gempal. Yakin dengan penampilan diri dan kamu akan kelihatan cukup hebat.

 

5-      KUNING JAGUNG

Semanis warna jagung ini, kamu juga boleh memakai warna ini asalkan kamu memadankannya dengan celana bewarna gelap.

 

6-      MERAH HATI

Pilihan yang menarik perhatian buat si gempal. Kamu akan kelihatan lebih langsing dengan pilihan rona gelap ini.

 

7-      OREN TANGERIN

Kamu pasti teruja dengan warna ini. Sekali sekala, cuba lari daripada warna tipikal kegemaran kamu. warna ini pasti membangkitkan seri kamu,