Tipukan la kalau korang cakap tak pernah pakai jeans atau denim kan..

Sudah menjadi perkara biasa dalam berfesyen. Fabrik denim memang selesa dan boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja dan dipelbagai guna rekaan seperti jaket, seluar, skirt, romper dan banyak lagi.

Fesyen Denim ‘Head To Toe’, 6 Gaya Selebriti Ini Boleh Jadikan Rujukan

Tapi ramai juga yang salah faham beza jeans dan denim. Untuk info, jeans merupakan seluar yang diperbuat daripada fabrik denim manakala denim adalah adalah sejenis fabrik yang lasak.

Denim juga sesuai untuk gaya kasual dan semi formal. Elakkan memilih rona lusuh dan efek koyak untuk semi formal. Tampil kemas dengan denim biru dipadankan dengan aksesori yang tidak terlalu menonjol.

Jom tengok siapa selebriti paling bergaya win dengan denim on denim ni!

IKLAN

Jika anda berminat nak bergaya fesyen kombo denim from head to toe, beberapa selebriti di bawah ada cara tersendiri.

Selena Gomez memilih sepatu kasut sukan untuk nampak lebih cool dan muda.Simple yet stylish!
Fesyen Denim ‘Head To Toe’, 6 Gaya Selebriti Ini Boleh Jadikan Rujukan

IKLAN

Crop top merah Gigi Hadid menghidupkan lagi fesyen denim on denim yang ditonjolkan.
Fesyen Denim ‘Head To Toe’, 6 Gaya Selebriti Ini Boleh Jadikan Rujukan

Miranda Kerr pilih denim dari kemeja dan di-tuck in nampak lagi stail.
Fesyen Denim ‘Head To Toe’, 6 Gaya Selebriti Ini Boleh Jadikan Rujukan

IKLAN

Boleh tahan cantik kombo denim jaket dan skirt yang disarung Hailey Bieber.
Fesyen Denim ‘Head To Toe’, 6 Gaya Selebriti Ini Boleh Jadikan Rujukan

Kitten heels bikin penampilan Olivia Palermo seperti gadis Paris.
Fesyen Denim ‘Head To Toe’, 6 Gaya Selebriti Ini Boleh Jadikan Rujukan

Tip buat korang semua, pemakaian denim atas denim boleh, tapi pilih perincian atau rona yang berbeza. Lebih menarik jika kamu padankan dengan baju atau seluar berpotongan unik untuk tampil lebih relaks.

Happy Shopping!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI