Pertama sekali, kami di team REMAJA ingin mengucapkan, Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik anak bangsa di seluruh Malaysia! Tanpa didikan serta tunjuk ajar daripada guru nescaya generasi sekarang dan akan datang pastinya kelam.

Fakta & Sejarah Tentang Hari Guru Yang Perlu Korang Tahu

Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengetengahkan tema hari guru 2018, ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’.

Secara dasarnya, KPM memberikan empat definisi tema sambutan Hari Guru tahun ini;

GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.

PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.

IKLAN

TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Fakta & Sejarah Tentang Hari Guru Yang Perlu Korang Tahu

Tahukah korang bilakah sambuta Hari Guru di Malaysia bermula dan kenapa tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih?

IKLAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

IKLAN

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

 

Foto: Sinar Harian & Google

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI