back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Hiburan Elaun SL1M Meningkat Kepada RM2000 Untuk Bantu Graduan Baru

Elaun SL1M Meningkat Kepada RM2000 Untuk Bantu Graduan Baru

Semakin dekat dengan tarikh Pilihan Raya Umum tahun ini, semakin banyak berita ‘menarik’ yang diberi  kepada rakyat.

Sama ada korang berminat dengan hal politik atau tidak, hal kenegaraan dan perkembangan yang berlaku pada Malaysia masih perlu diambil tahu terutamanya bagi perkara yang melibatkan remaja dan belia.

Terbaru hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan berita gembira kepada pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dinaikkan kepada RM2000 daripada RM1500 sebelum ini.

Elaun SL1M Meningkat Kepada RM2000 Untuk Bantu Graduan Baru

IKLAN

Berita tersebut disampaikan oleh beliau ketika merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang turut berada di situ, kenaikan elaun trsebut akan berkuat kuasa pada tahun ini namun masih tak menetapkan tarikh sebenar.

“SL1M akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 25,000 orang peserta baru,” kata beliau.

IKLAN

Bagi yang tidak begitu familiar dengan program SL1M, ia merupakan sebuah program keboleh-pasaran bertujuan untuk membantu graduan yang menganggur selepas tamat pengajian untuk meningkatkan tahap skil, mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta pengalaman bekerja.

Memandangkan kebanyakan syarikat swasta di luar sana memandang berat mengenai pengalaman seseorang bekerja sebelum mengambil mereka sebagai staf baru, ramai graduan muda yang mengeluh sukar untuk menerima peluang pekerjaan.

IKLAN

Jadi melalui SL1M, remaja dan belia dapat mempromosikan dan meningkatkan skil masing-masing. Cantiklah sikit resume tu.

Elaun SL1M Meningkat Kepada RM2000 Untuk Bantu Graduan Baru
Sumber: Sinar Harian.

Walaupun ada yang memandang rendah akan program ini sejak dilancarkan pada 2011 dengan mengatakan elaun yang diberi rendah berbanding rakan lain yang sudah berjaya mendapat pekerjaan, kita perlu berfikiran realistik bahawa tak semua orang bertuah untuk mendapat pekerjaan idaman.

Malah, SL1M juga pada tahun lalu melaporkan seramai 19,196 siswazah telah mendapat kerja di syarikat mereka menjalani latihan SL1M, manakala 16,660 orang lagi berjaya mendapat pekerjaan di syarikat lain selepas tamat latihan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI