• 12
    Shares

Demam PRU14 nampaknya semakin hari semakin dirasai. Bagi pengundi pertama kali ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat dinantikan. Menurut laporan dianggarkan kira-kira lima juta orang muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU14 ini. Ia merupakan satu jumlah yang cukup signifikan dan mampu memberikan impak besar terhadap keputusan pilihan raya.

Namun sebagi pengundi pertama kali terdapat beberapa perkara yang harus korang ketahui dan lakukan terutamanya buat yang ingin pukang ke kampung halaman untuk mengundi. Jom ikuti perkongsian Remaja tentag perkara utama yang perlu kamu lakukan bila pulang mengundi!

1. Rancang perjalanan

Pasti ramai anak perantauan yang akan balik ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara. Berkemungkinan besar jumlah trafik terutamanya di lebuh raya utama menuju ke Utara, Selatan dan Timur akan sesak. Jadi, rancanglah perjalanan dengan baik.

2. Carpool atau berkongsi kereta

Mengamalkan perkongsian kereta untuk pulang mengundi bukan sahaja menjimatkan wang tetapi ia juga boleh memberikan kebaikan kepada alam sekitar dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Carilah ahli keluarga atau rakan-rakan yang pulang ke arah yang sama dan berkongsi menaiki kereta. Lagipun ia boleh beri satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Cuma janganlah sampai bertelagah dalam kereta sebab fahaman politik berbeza ya. Hehe.

3. Beli tiket bas lebih awal

Permintaan tiket bas untuk kesemua destinasi pastinya akan meningkat berkali-kali ganda sempena Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Untuk mengelakkan daripada korang terlepas atau kalut di saat-saat alhir, dapatkanlah tiket bas dengan segera. Jangan tunggu bila sudah hampir hari mengundi baru tergadah mencari tiket bas. Dna jika terserempak dengan ulat tiket, jangan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

4. Rancang tugasan kerja dengan baik

Kerajaan hari ini telah mengistiharkan bahawa tarikh hari mengundi iaitu 9 Mei sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negara. Ia bagi membolehkan semua rakyat Malaysia yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Untuk korang yang sudah bekerja, rancanglah tugasan di pejabat atau di universiti dengan baik agar ia tidak menggangu urusan korang pada hari mengundi. Siapkan tugasan dan rancanglah dengan rakan sekerja atau majikan dengan baik.

5. Jangan terlalu teruja

Remaja cukup pasti, ramai antara kamu pengundi baru atau pertama kali akan berasa sangat teruja dengan ketibaan PRU. Setiap orang mempunyai pelbagai cara menunjukkan sokongan mereka kepada parti pilihan masing-masing. Ada yang memasang bendera di kenderaan dan ada juga mengenakan topi atau t-shirt. Namun, berpada-padalah janganlah sampai membahayakan diri. Contohnya memasang bendera di atas pokok. Usahlah sampaui membahayakan diri sendiri dengan memanjat pokok tinggi bagi memasang bendera. Ketahuilah bendera paling tinggi tidak menjamin mana-mana parti menang PRU.

ARTIKEL BERKAITAN: PRU14- Proses Pilihan Raya Yang Pengundi Pertama Seperti Korang Perlu Tahu

6. Ambil tahu selok belok PRU

Ya, kamu sudah mendaftar dan bakal pulang menunaikan tanggungjawab ini untuk pertama kali buat negara tercinta. Akan tetapi sudahkah kamu ambil tahu tentang bagaimanakah proses perjalanan PRU ini berlangsung. Dan adakah kamu sudah tahu apakan yang perlu kamu lakukan dan perlu elak semasa proses membuang undi? Usah nanti kamu menjadi seperti rusa masuk kampung tercengang-cengang tidak tahu nak buat apa bila tiba masanya untuk mengundi. Layari laman sesawang rasmi SPR yang cukup sarat dengan pelbagai informasi tentang PRU.

7. Usah berpecah belah

Bila pulang ke kampung halaman masing-masing nanti pastinya kamu akan bertemu dengan sanak-saudara serta jiran-jiran terdekat.Dan bila semua sudah berkumpul pastinya perbualan tentang politik pasti tidak akan terlepas. Sebagai orang muda dan pengundi pertama kamu usahlah menjadi terlalu teruja hingga bertikam lidah dengan orang lebih tua semata-mata pegangan politik berbeza. Sudah banyak kes kita dengar ada ahli keluarga tidak bertegur sapa hanya kerana perbezaan ini. Ingat, undi itu rahsia!

8. Raikan perbezaan dengan matang

Generasi muda seperti korang merupakan penentu masa depan negara. Didiklah diri sendiri untuk menjadi individu yang meraikan perbezaan fahaman antara satu sama lain. Tidak gunanya untuk korang beremosi berlebih-lebihan tidak kiralah sama ada pihak yang kamu sokong menang atau kalah. Raikan keindahan hak korang sebagai salah satu tunjang negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan.

9. Pastikan rumah berkunci rapi

Bagi kamu yang mengambil cuti lebih sehari dan pulang lebih lama, sila pastikan rumah berkunci dengan baik. Jika perlu, maklumkan kepada jiran tetangga bahawa kamu akan pulang selama beberapa hari. Sekurang-kurangnya bolehlah mereka tolong tengokkan rumah kamu.

CER KOMEN SIKIT

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendalikan Oleh Astro Group

error: