Sebut sahaja Starbucks pasti ramai yang terbayang akan outlet-nya yang dipenuhi majoriti oleh generasi muda. Walaupun harganya bolehlah tahan mahal juga (terutama di kalangan pelajar IPT), namun ia menjadi antara minuman popular di kalangan orang muda.

Keselesaan outlet-nya yang sentiasa memberikan kemudahan Internet yang laju menjadi antara sebab mengapa jenama Starbucks menjadi pilihan mereka. Namun sebenarnya antara perkara yang paling menarik mereka ialah barisan produk minuman Starbucks yang sentiasa muncul dengan idea baru dan sangat ‘mesra Instagram’.

They provide not just a drink but a lifestyle!

IKLAN

Sudah hampir setahun sejak penggemar Starbucks terutamanya di Amerika Syarikat heboh dengan minuman penuh warna-warni iaitu Unicorn Frappuccino. Dan yang terbaru, Starbucks dikatakan bakal memperkenalkan satu lagi minuman frappuccino terbaru yang dijangka sekali lagi viral dikenali dengan nama Crystal Ball Farappuccino.

Walaupun Starbucks belum mengesahkan dan mengeluarkan sebarang foto rasmi namun terdapat barista yang telah memuat naik gambar percubaan minuman tersebut di Instagram. Salah satu fotonya menunjukkan minuman frappuccino yang mempunyai topping bahan bergula dengan warna hijau, mereah dan biru berbentuk seperti kristal.

IKLAN

 

IKLAN

Menerusi foto yang lain pula menunjukkan minuman frappuccino yang dibahagian bawahnya berwarna campuran turquoise. Dan mengikut laporan, ia akan mula berada di pasaran di Amerika Syarikat bermula pada 22 Mac ini.

Bagi kaki yang gemar ambil gambar makanan dan minuman inilah bentuk delicacy yang diidamkan oleh mereka. Bukan sahaja cantik untuk dilihat  tetapi mungkin rasanya sangat sedap.

Adakah minuman menarik ini akan turut dibawa masuk ke negara kita? Sama-sama kita tunggu dari Starbucks Malaysia.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI