Pernah panas dengan isu vaksin, kali ini bekas penyanyi nasyid kumpulan In Team, Suhaimi Saad sekali lagi menerima kecaman dari orang ramai. Tindakannya yang membuang ubat ke dalam tong sampah selepas penyakitnya berjaya di diagnos oleh doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu gara-gara  menderita sakit apabila menarik nafas turut menerima teguran dari seorang doktor iaitu Dr Ahmad Zakimi Abdulllah aka Dr Zek yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Tindakan Suhaimi Saad yang membuang ubat bukan saja dikecam ramai netizen malah ramai yang ternyata kurang senang dengan tindakannya yang menganggap perbuatan itu “sebagai satu kebenaran” kerana dia kemudiannya dilihat memakan minyak zaitun bagi mengubati masalah penyakit dihidapinya.

“Buang Ubat Hospital Dalam Tong Sampah”, Doktor Beri Teguran & Netizen Kecam Tindakannya

Kecaman isu membuang ubat ke dalam tong sampah ini bermula apabila Suhaimi Saad menulis di wallnya.

“Buang Ubat Hospital Dalam Tong Sampah”, Doktor Beri Teguran & Netizen Kecam Tindakannya

“Buang Ubat Hospital Dalam Tong Sampah”, Doktor Beri Teguran & Netizen Kecam Tindakannya

“Buang Ubat Hospital Dalam Tong Sampah”, Doktor Beri Teguran & Netizen Kecam Tindakannya

 

IKLAN

“Buang Ubat Hospital Dalam Tong Sampah”, Doktor Beri Teguran & Netizen Kecam Tindakannya

Ternyata tindakannya itu tidak disenangi ramai netizen yang menganggap ianya satu pembaziran secara jelas. Baca luahan doktor ini yang nyata terkilan dengan tindakan penyanyi tersebut kerana katanya setiap kos ubat itu adalah dari duit pembayar cukai dan subsidi dari kerajaan kepada rakyat.

SURAT TERBUKA BUAT SAUDARA SUHAIMI SAAD

Kehadapan saudara SS buang ubat, saya adalah seperti nama dalam profile facebook selaku doktor yang merawat pesakit di negara Malaysia ingin memberi satu peringatan secara terbuka.

Sesungguhnya kami sebagai perawat dan juga rakyat Malaysia terkilan dengan tindakan kurang sihat saudara SS.

IKLAN
  1. Dalam status facebook saudara mengatakan pergi ke hospital hanya untuk mendapatkan diagnosis dari doktor. Setelah dapat slip ubat atau preskripsi dari doktor, anda ambil ubat tersebut kemudian buang dalam ‘dust bean’ itu adalah satu perbuatan yang menjengkelkan.

Anda membuang masa pihak hospital untuk merawat pesakit lain yang betul-betul atau ingin mendapatkan rawatan. Mereka terpaksa menunggu perbuatan saudara. Jika saudara sangat-sangat anti pada perubatan moden hospital saya sarankan tak perlu datang terus pun.

Saudara kufur nikmat.

  1. Dengan hanya membayar RM 1 ringgit bukan bermakna rawatan dan ubat yang saudara dapat itu bernilai RM 1 tapi ratusan ringgi malah ribuan ringgit. Tahukah saudara, segala pembelanjaan tersebut adalah dari kerajaan untuk rakyat Malaysia dan juga dari duit pembayar cukai rakyat Malaysia termasuk saya. Tak perlu ambil pun jika takmau. Sememangnya hidup saudara membazirkan. Apa saudara mahu jawab dalam kubur?

Saudara kufur nikmat.

  1. Jangan bangga dengan kelakuan tak cerdik dan menjengkelkan dengan memberitahu semua orang di facebook. Tindakan saudara memalukan seluruh umat Islam di negara ini.
  2. Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda: “Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Satu lagi hadis Rasulullah S.A.W bersabda, “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim)

“Buang Ubat Hospital Dalam Tong Sampah”, Doktor Beri Teguran & Netizen Kecam Tindakannya
Suhaimi turut membalas kenyataan bila ada yang memberi teguran kepadanya mengenai isu buang ubat ini

Saudara ‘jahil’ tentang konsep tawakkal dengan hanya berdoa tanpa berusaha mengambil ubat. Menurut Imam Ibn Qayyim, orang yang menolak untuk berubat sebenarnya bercanggah dengan konsep tawakkal. Tawakkal tanpa ikhtiar bukan konsep sebenar tawakkal. Maka ubat yang kita berikan itu adalah ikhtiar untuk merawat di sampingkan dengan berdoa. InsyaAllah akan diberi kesembuhan.

IKLAN

Semoga surat terbuka dari saya dapat membuka hati saudara SS ex-inteam, artis suam-suam kuku yang buang ubat supaya sedar dan memberi pengajaran juga kepada seluruh netizen.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Dr Ahmad Zakimi Abdullah aka Dr Zek
Doktor Yang Terkilan

Bagi Remaja, jika benar tidak mahu memakan ubatan hospital, lebih baik tidak diambil dari dibuang begitu saja ke dalam tong sampah. Apa kata korang mengenai isu ini.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI