Ramai orang berpendapatan, aktiviti bersukan hanya dilakukan pada sebelah pagi dan juga petang. Malam biasanya waktu untuk berehat selepas seharian melakukan pelbagai kerja.

Kalau pagi bekerja dan malam pula waktu rehat, bila pula ya kita harus bersenam? Bila semakin malas bersenam, mulalah berat badan bertambah dan selepas itu sibuk pula fikir soal diet. Soalannya boleh ke bersenam pada waktu malam dan apa kebaikan melakukan senaman ketika udara malam.

Baca perkongsian seperti ditulis Prof Imelda Balchin  di facebooknya mengenai kebaikan bersenam pada waktu malam. Kata Prof Imelda, tidak salah untuk bersenam  malam tetapi jangan sampai tidak bersenam langsung kerana itu lebih memudaratkan tubuh.

Ada yang tanya saya, “Prof, malam-malam boleh bersenam ke?”

Di Malaysia, ada banyak marathon yang bermula pukul 8 malam, ada yang bermula pukul 12 malam, ada yang bermula 2 pagi dan yang lain-lain mula 4 pagi. Sebab di Malaysia, siang terlalu panas untuk sukan yang intensif.

Semua athlete-athlete Malaysia, banyak membuat latihan sukan awal pagi, petang atau waktu malam. Pada bulan puasa, latihan sukan bermula selepas terawikh.

Di negara sejuk, pada musim sejuk, waktu subuh sampai 8.30 pagi, waktu maghrib pukul 3.30 petang, maka ramai orang yang bersenam sebelum atau selepas waktu mereka berkerja, akan bersenam malam-malam.

IKLAN

Jika anda lihat, perlawanan bolasepak, selalunya dibuat pada waktu malam.

“Boleh Ke Bersenam Waktu Malam”, Apa Kebaikan Lakukan Senaman Ketika Udara Sejuk?

Bila bersukan dengan intensif, badan kita membakar lemak badan untuk membuat tenaga baru, dan suhu badan akan naik, sebab pembakaran lemak badan akan menjanakan haba.

Kita turunkan suhu badan ke tahap normal dengan berpeluh. Untuk berpeluh dan membuang haba badan yang berlebihan, lebih lagi pengaliran darah akan dialihkan ke permukaan kulit dan kurang ke bahagian otot yang sangat diperlukan semasa bersukan.

IKLAN

Jika banyak sangat berpeluh tanpa mengganti kekurangan air badan dengan secukupnya, jumlah darah dalam badan berkurang (sebab air peluh itu datang dari darah kita yang masuk ke liang peluh di permukaan kulit).

Bila jumlah darah berkurangan, denyutan nadi akan bertambah pantas kerana jantung akan pam darah dengan lebih laju untuk membawa cukup oksigen ke otot yang berkerja kuat semasa bersukan.

“Boleh Ke Bersenam Waktu Malam”, Apa Kebaikan Lakukan Senaman Ketika Udara Sejuk?

IKLAN

Jika denyutan nadi menjadi terlalu pantas, pernafasan juga menjadi lebih laju dan mereka yang bersukan akan lebih cepat penat, sehingga denyutan nadi diturunkan semula dengan menyejukkan badan dan minum air dengan cukup.

Sebab inilah pencapaian sukan merosot pada waktu panas, dan pencapaian sukan ialah pada tahap lebih tinggi pada waktu sejuk. Alam persekitaran yang sejuk membantu menyejukkan haba yang dibawa oleh darah ke permukaan kulit badan dengan lebih cepat dan kurang keperluan untuk berpeluh banyak-banyak.

Paling baik pencapaian pelari full Marathon ialah pada suhu 15C. Sebab ini lah, banyak perlawanan sukan di Malaysia, dibuat pada waktu malam.

Tiada kemudaratan bersenam pada waktu malam.
Ada kemudaratan jika tidak bersenam langsung.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI