Berita penembakan Imam dari Palestin, Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh Sabtu lalu agak memeranjatkan sekaligus menjadikan Malaysia tumpuan utama dunia ketika ini.

Allahyarham yang juga seorang pensyarah kanan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ditembak di luar Kondominium Idaman Puteri di Setapak ketika sedang berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat Subuh. Dua lelaki yang menaiki motosikal dikatakan telah menunggunya sebelum melepaskan 10 das tembakan yang mengenai mangsa.

Berita kematiannya turut dikaitkan dengan latar belakang kehidupan beliau dan reaksi daripada kumpulan pejuang Palestin menunjukkan yang Dr. Fadi ialah seorang yang penting kepada perjuangan menentang Israel.

Di sebalik terjadinya satu kematian bagaimana jika secara tiba-tiba korang ternampak perlakuan jenayah dan berlaku kematian di depan mata? Sebelum panik, ini lima tindakan yang boleh dilakukan jika perkara ini terjadi pada korang.

“Apa Nak Buat Bila Secara Tak Sengaja Kita Jumpa Mayat?”, Ini 5 Pantang Larang Perlu Tahu

Jangan berada terlalu dekat dengan mayat – Jika ternampak susuk tubuh sudah tidak bergerak atau mati, tolong jangan berada terlalu dekat dengan mayat. Hubungi saja polis dan tunggu di sekitar lokasi.

IKLAN

Tindakan berada terlalu dekat akan meninggalkan kesan kaki atau jejak lain terutama bau tubuh individu pelakunya. Ini kerana bau-bau badan manusia atau bukti akan sukar dikesan oleh anjing penjejak kerana derianya sudah terkeliru. Begitu juga bukti lain seperti rambut, cap jari dan sebagainya yang akan menjadi samar jika kita sudah menyentuh mayat tersebut.

“Apa Nak Buat Bila Secara Tak Sengaja Kita Jumpa Mayat?”, Ini 5 Pantang Larang Perlu Tahu

Dilarang memegang barang-barang milik di mati – Bila penyiasatan dilakukan oleh pihak polis, mereka akan cuba mencari seberapa banyak bukti yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah tersebut. Jadi jangan memandai memegang atau menyentuh apa saja objek yang kita temui di lokasi berlakunya jenayah terutama telefon, dompet atau objek aneh di lokasi. Tindakan memegang akan menyulitkan kerja polis.

“Apa Nak Buat Bila Secara Tak Sengaja Kita Jumpa Mayat?”, Ini 5 Pantang Larang Perlu Tahu

IKLAN

Dilarang memindahkan barang-barang di lokasi – Kadang kala kita ada niat untuk lebih tahu, ingin membantu tetapi korang dinasihatkan untuk tidak memindahkan apa-apa saja barangan di lokasi. Biasanya pihak polis bukan saja cuba mengesan cap jari pelaku tetapi biasanya pihak polis akan mengukur dan merekodkan keadaan si mati dan dikaitkan dengan cara kematiannya.

Misalannya dari jarak berapa meter ditembak, objek digunakan, selain barang-barang lain yang digunakan sebagai “kayu pengukur” kepada punca kejadian jenayah terjadi. Jika kita cuba alihkan mayat dikhuatiri kerja polis lebih sukar kerana jarak, sudut dan cara kematian adalah hal yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis ketika lakukan kera-kerja penyiasatan.

“Apa Nak Buat Bila Secara Tak Sengaja Kita Jumpa Mayat?”, Ini 5 Pantang Larang Perlu Tahu

IKLAN

Jangan mengerumun lokasi jenayah – Ini biasakan di mana atas rasa sifat ingin tahu siapa mangsa, orang mana, lelaki atau perempuan, kita akan beramai-ramai mengerumuni mayat. Korang dinasihatkan untuk tidak berada terlalu dekat kerana semakin dekat korang dengan mangsa, semakin mudah bukti dihilangkan. Malah anjing penjejak juga keliru. Sebab itulah korang nampak polis rentangkan tali kuning dilarang melintas kerana polis mahu mencari bukti.

“Apa Nak Buat Bila Secara Tak Sengaja Kita Jumpa Mayat?”, Ini 5 Pantang Larang Perlu Tahu

Jangan takut menjadi saksi – Mungkin bukan keluarga atau kita yang kena dan melibatkan keluarga orang lain. Jika korang menyaksikan perlakuan jenayah secara tak sengaja, rakamkan apa yang boleh, beri kerjasama pada polis dan jangan sesekali takut kerana jika kita bersikap mementingkan diri, kita sendiri tak tahu masa depan kita dan juga keluarga.

Sama-samalah kita menjadi warga yang prihatin ya. Semua peraturan ini terkecuali jika korang nampak mangsa kemalangan yang kita rasakan dirinya masih boleh dibantu. Tetapi jika sudah menjadi mayat, tolong jangan buat perkara-perkara dinyatakan di atas ya.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI