Breakups make for great songs!

 

Seperti Taylor Swift, Adele dan Demi Lavato, The Weeknd juga menjadikan masalah relationship sebagai inspirasi lagu baru. Abel dari The Weeknd memilih hari semalam untuk melancarkan album EP barunya yang berjudul My Dear Melancholy,.

Abel lebih banyak menghabiskan masa mendiamkan diri selepas dia hubungannya bersama Selena Gomez menemui jalan henti pada Oktober tahun lalu selepas 10 bulan bersama. Selena kemudiannya pantas kembali menjalin relationship bersama Justin Bieber, sebelum memutuskannya semula pada pertengahan bulan ini.

Adakah Album Baru The Weeknd Tentang Selena Gomez Atau Bella Hadid?

Ish, susahlah nak keep up dengan mereka ni. Sekejap on, sekejap off.

Apapun, ramai netizen percaya bahawa album terbaru The Weeknd ini berkisar 100 peratus tentang hubungannya dengan Selena (dan Bella) setelah mereka mendengar bait lirik lagu yang ditulisnya sendiri dalam keenam-enam buah lagu.

Adakah Album Baru The Weeknd Tentang Selena Gomez Atau Bella Hadid?

01

“Call Out My Name”

Lagu pertama album ini dipenuhi dengan lirik sedih setelah melepaskan seseorang dari hidupnya.

“We found each other / I helped you out of a broken place / You gave me comfort / But falling for you was my mistake.”

Ouch, jadi Abel menganggap perhubungan dengan Selena merupakan chapter kesilapan dalam hidupnya? Sesiapa saja yang baru putus cinta selalunya akan beranggapan sedemikian, namun kejadian putus cinta sebenarnya mengajar seseorang tentang erti hidup dan perhubungan. She is not ‘a mistake’, Abel.

Dalam verse kedua, naratif Selena semakin kuat dibau netizen selepas dia menyanyikan, “I almost cut a piece of myself for you.” Hhm, adakah itu bermaksud Abel sebenarnya pernah terfikir untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Selena selepas selebriti itu menderita akibat penyakit Lupus?

IKLAN

A post shared by The Weeknd (@theweeknd) on

02

“Try Me”

” You’re lookin’ grown since the last time I looked at you / It might have been, been about a couple months.”

Model, Bella Hadid yang dikaitkan dengan Abel tidak mudah untuk melupakannya, lebih-lebih lagi apabila media sering melontarkan spekulasi itu-ini selepas mereka breakup. Namun, Bella bertindak matang dengan tidak mengaitkan dirinya dalam apa-apa kontroversi selepas Selena dan Abel bersama.

Mungkinkah lirik ini ditujukan kepada Bella? Tetapi kemudian dia menyanyikan..

“The way I kissed your scars”

Hhm, Selena pula?

Adakah Album Baru The Weeknd Tentang Selena Gomez Atau Bella Hadid?

IKLAN

03

“Wasted Time”

Ramai yang membandingkan trek ini dengan genre yang selalu dinyanyikan oleh Drake. Ya muziknya kedengaran sama.

“Wasted time I spent with someone else / She was not even half of you.”

Walaupun dia telah menjalinkan hubungan tidak serius dengan beberapa orang model, Abel masih tidak dapat melupakan teman wanitanya itu. Masalah, adakah Abel menyanyi tentang Bella atau Selena?

Ini kerana ramai yang mengaitkan lagu ini  dengan Bella Hadid kerana subjek lagu ini adalah sukan ekuestrian, dan Bella merupakan seorang penunggang horseback riding serius.

Adakah Album Baru The Weeknd Tentang Selena Gomez Atau Bella Hadid?

 

04

“I Was Never There”

IKLAN

” Ooh, now I know what love is / And I know it ain’t you for sure / You’d rather something toxic / So, I poison myself again, again.”

Ramai netizen merasakan Abel seharusnya mengambil terapi atau mendapatkan khidmat kaunseling selepas mendengar trek ini. Dia tidak seharusnya menunding jari ke aras teman wanita baik Selena ataupun Bella kerana keadaan dirinya yang tidak stabil pada waktu itu.

People come and go, but do not blame others.

 

05

“Hurt You”

“When you are with him, you close your eyes and think of me / Just call me up again”

Okay, semua orang tahu di antara Selena dan Abel tiada apa-apa lagi. Namun, mereka berpisah dengan cara yang baik berbanding sesetengah selebriti Hollywood yang terus memutuskan komunikasi dengan bekas pasangan masing-masing.

Walaupun Selena pada waktu itu sudah bersama Justin, Abel masih terbuka hati untuk berbual dengannya. Ada juga netizen yang berkata Abel terlalu egoistik kerana merasakan Selena masih memerlukannya.

A post shared by The Weeknd (@theweeknd) on

06

“Pivilege”

“Blues away, way, way / I got two red pills to take the blues away”

Walaupun Abel kelihatan seperti seorang lelaki yang yakin dengan sifat playboy-nya, dia masih mudah rapuh selepas putus cinta. But dude, janganlah sehingga perlu ambil bahan terlarang!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI