Korang masih ingat lagi tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan mengemparkan Malaysia dan seluruh dunia?

Trending Di Laman Sosial.  7 Tahun Hilang, Jurutera Aeronautik Britain Dapat Jejaki MH370?
Foto : abc.net.au (Reuters: Edgar Su)

Pesawat malang yang membawa  239 penumpang dan anak kapal ini kembali trending di media sosial setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.

ARTIKEL BERKAITAN : [NAHAS] Pesawat Sriwijaya Air Hilang Dari Radar, Nelayan Temui ‘Serpihan’ Di Laut – REMAJA

Media antarabangsa melaporkan, Richard Godfrey mendakwa memperoleh koordinat tepat di mana pesawat MH370 Malaysia Airlines terhempas dan jatuh ke dasar selatan Lautan Hindi yang menyuntik harapan baharu salah satu misteri besar penerbangan diselesaikan.

 

IKLAN

Beliau memberitahu telah menghabiskan lebih setahun membuat kajian dan ‘mengira’ di mana lokasi MH370 terhempas.

Godfrey mendakwa Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi 2,000 km barat Perth, Australia Barat dan kerja-kerja mencarinya sesuai dilakukan mulai tahun depan dan ditemui pada separuh kedua 2022.

IKLAN
Trending Di Laman Sosial.  7 Tahun Hilang, Jurutera Aeronautik Britain Dapat Jejaki MH370?
Sumber: Malaysia Gazette

“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.

“Lokasi nahas utama adalah di kaki Broken Ridge di kawasan dengan bentuk muka bumi yang sukar di bawah air,” dakwa laporan Godfrey.

IKLAN

Dengan menggunakan teknologi pengesanan revolusioner, Richard Godfrey percaya pesawat jenis Boeing 777 yang dijadualkan mendarat di Beijing, China telah terhempas ke Lautan Hindi 2,000km di bahagian barat Perth, Australia, lapor BCC.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang. Sejak itu, pesawat jenis Boeing 777 berkenaan tidak dapat dikesan.

Al- Fatihah kepada semua mangsa MH370.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI