Zaman sekolah menghimpunkan pelbagai kenangan manis yang akan kita ingati sehingga ke zaman dewasa

Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari bersama kawan-kawan. Bagi mereka yang perolehi peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh pula, pastinya korang akan mencipta kenangan pahit manis di sana.

Ramai yang akan rindu bila teringat balik kenangan tersebut, kan?

‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar

Terbaru, projek filem baharu berjudul ‘Projek Anchor SPM’ bakal ditayangkan di Astro Citra Exclusive dan pasti dapat mengubat rindu kita semua pada zaman sekolah.

IKLAN

Melihatkan kepada barisan pelakon Projek Anchor SPM yang terdiri daripada nama-nama pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-e dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, ia membuatkan kita semua tak sabar untuk menantikan tayangannya.

Cumanya, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang netizen mendakwa Projek Anchor SPM menciplak idea filem keluaran Thailand berjudul Bad Genius. Iya ke sama?

‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar

‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar

IKLAN

Penjelasan Nadhir Nasar

Penulis menghubungi Nadhir Nasar bagi mendapatkan pandangannya mengenai skrip dan jalan cerita yang didakwa punya persamaaan itu.

Menurut Nadhir, Projek Anchor SPM amat  berlainan dengan filem Thailand popular dari tahun 2017 itu.

Katanya yang memegang watak Hilmi yang merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM, dia difahamkan oleh pengarah bahawa Projek Anchor SPM ini berkisarkan  kehidupan pelajar di Malaysia sekitar tahun 2003.

‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar

IKLAN

“Ini cerita daripada zaman budak-budak sekolah memakai telefon Nokia 3310. Tiada internet pada telefon. Ia sarat dengan mesej mendalam, nilai kasih sayang, konflik remaja dan pelbagai pengajaran.

“Saya gembira diberi peluang menjayakan ‘Projek Anchor SPM’ kerana sedikit sebanyak ia dalam mengamit memori zaman persekolahan saya dulu. Kalau korang rindukan zaman persekolahan, korang memang wajib menonton Projek Anchor SPM, okay.”

Nadhir turut meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan pengarahnya Razaisyam Rashid.

‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar

Bakal ditayangkan awal Januari 2021 kelak di Astro Slot Citra Exclusive, korang kenalah tengok sendiri jika ia sama dengan filem Bad Genius ataupun tidak.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI